Kali ini Semi Value, menjadi manusia yang kacang lupakan kulit. Pepatah-pepatih moden ada sebut, " rumah kata pergi, kubur kata mari". Apa lagi tunggu ? Dah tua berjangut tapi masih tak sedar diri.
Antara punca kekalahan BN dalam PRU 12 lalu adalah sebab Semi Value. Itu sebabnya berderet-deret calon BN-MIC bungkus. Di Sungai Siput bungkus, di Tapah bungkus, di Kapar bungkus, di Kota Raja bungkus.
Apa lagi yang Semi Value mahu tunggu ?? Apa lagi yang Semi mahu negotiate ?? Tak cukupkah ratusan juta yang diangkut dan dirampas dari kaum India, kaumnya sendiri. Cukup lah Semi, orang India menderita dan tidak maju kerana kamu. Kerana kerakusan kamu.
Usia MIC sudah 64 tahun. Semi value jadi raja dalam Mic sudah 31 tahun. Dalam tempoh dia memerintah orang India sangat berpecah-pecah kerana ketamakan dan kemabukan dia berkuasa. Dalam tempoh itu juga Mic menjadi parti yang syok sendiri.
PPP, IPF, MIUP, Parti Makkal Sakthi menjadi pesaing utama Mic sekarang. Manakala dalam Dap dan Pkr sudah ada berpuluh orang India yang menjadi wakil rakyat. Saingan Mic sangat pesat dan sangat kritikal untuk mewakili kaum India.
31 tahun menjadi Presiden parti adalah jangka masa yang sangat lama. Itu satu bukti bagaimana Semi menjadi manusia yang tidak demokratik dalam kepimpinan. Pengukuhan kepimpinan melalui kronisme samada melalui hubungan keluarga atau bekas pegawai menjadi antara punca penolakan masyarakat India kepada Mic.
Dalam hal pendemokrasian kepimpinan ini Mic kena belajar dari MCA yang menghadkan presiden hanya memegang tampuk kuasa selama 2 penggal berturut-turut. Tidak ada cara lain untuk parti di Malaysia menambat hati rakyat kecuali membuktikan mereka mahu berubah kepada kepimpinan yang benar-benar demokratik, transparent dan lebih terbuka.
Publisiti murahan anak Semi yang cuba hendak mengangkat dirinya sebagai bakal Presiden Mic juga tidak membantu meredakan kebencian rakyat kepada Semi Value. Vell Paari ada kepentingan. Dia cakap sebab dia anak Presiden. Dia biadap. Dia kena tanya guru BM dia, apa makna biadap.
Harapan Mic adalah kepada kepimpinan muda seperti YB Kamalanathan. Paari kena belajar menyusur akar seperti YB Kamal. Menembak, membelasah dan memukul UMNO bukan lah cara baik membuka dan memulakan langkah politik dinegara ini. Paari buta sejarah. Paari kena belajar sejarah. Paari jadi boneka bapanya yang sangat desperado sekarang.
No comments:
Post a Comment