Yang mengejutkan kali ini adalah perebutan jawatan politik dalam pejabat MB Selangor. Setiausaha politik adalah jawatan yang sangat penting dan strategik. Supol ini adalah orang yang sangat dekat dengan MB dan menentukan tendang terajang politik MB. Di Selangor Supol lebih berpengaruh dari Exco Kerajaan Negeri. Kali ini setiausaha politik yang ada di tendang keluar. YB Nik Nazmi Nik Ahmad terpelanting keluar dari pejabat MB Selangor yang sangat "powerfull" itu.
Nik Nazmi adalah orang muda yang tidak ada pengalaman politik. Dia terlalu mentah untuk mengetahui tendang terajang politik selangor yang sentiasa bergelojak. Politik selangor sebenarnya penuh dengan konspirasi, gangsterisme, kongsi gelap, kepuakkan. Ia jadi begitu kerana di Selangor adalah kawasan penghijrahan semua kaum dari semua negeri, dari utara sampai selatan, sabah dan sarawak.
Dizaman Tan Sri Muhammad Taib, dia sentiasa menyebut selangor adalah "the melting pot". Di zaman Khalid Ibrahim, selangor adalah lombong emas. Pasir di " convert " menjadi emas di Selangor. Yang menjaga pasir di selangor adalah kumpulan-kumpulan gangster yang sentiasa menjadi orang tengah kepada setiap pertumbuhan ekonomi di selangor.
Nik Nazmi tersepit dalam kancang perebutan pasir emas di selangor. Pelajaran undang-undang nya di London belum cukup untuk menjadikan dia ada ketrampilan kepimpinan seperti Sdr Yb Senator Ezam Md Nor. Nik Nazmi terlalu gelojoh dan tamak serta tidak pernah bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang diperolehi.
Nik Nazmi juga adalah produk unit politik IKD. Saiful, bekas budak pembacuh teh Anwar juga pernah di latih bersama Nik Nazmi. Mereka adalah produk Khalid Jaffar. Nik Nazmi adalah golongan elit politik orang bangsawan melayu Pkr. Kalau naik terlalu cepat tentunya akan juga jatuh lebih cepat dari itu.
Nik Nazmi bernaung dengan beberapa orang warlords dalam Pkr. Sepanjang 2 tahun dia menjadi Setiausaha Politik, ada beberapa keputusan dan tindakannya dikatakan berlawanan dengan hasrat boss-boss nya itu. Dia menghadapi dilema untuk berkata tidak kepada boss-boss yang sentiasa tamak haloba dengan kekayaan bumi bertuah Selangor. Boss-boss nya terlalu "demanding" itu dan ini. Dia tersepit antara kerangka buaya dan naga. Terlepas dari mulut buaya dia termasuk mulut naga pulak.
Dikalangan pemimpin muda Pkr, Nik Nazmi dilihat terlalu sombong. Dia ada klik dia sendiri. Nik Nazmi susah nak tolong kawan-kawan cari makan, sedangkan mereka yang bekerja pagi-petang, siang-malam untuk parti. Menjadi rahsia umum Pkr, budak-budak sam tak berapa gemar dengan tingkah laku Nik Nazmi yang terlalu menunjuk-nunjuk itu.
Nik Nazmi sebagai seorang setiausaha politik menteri besar ibarat sebuah boneka yang sentiasa dipicit-picit, dalam politik Kerajaan Pembangkang di Selangor. Kerja mereka sekadar hendak menghabiskan semua wang dan khazanah yang ada, dari wang simpadan FD hinggalah ke hasil mineralnya. Soal membangunkan selangor adalah agenda nombor corot bagi mereka. Pasir "emas" kini menjadi rebutan mereka untuk menjadi pemimpin politik yang kaya-raya dari bumi bertuah Selangor.
Kalau di abad ke 17, Selangor berperang kerana berebut kawasan bijih timah, kini diabad ke 21 Selangor bergolak, berkecamuk dan berperang kerana berebut kawasan pasir. Benar lah kata Malek Ben Nabi yang menulis sejarah akan sentiasa berputar tetapi manusia tidak pernah belajar dari putaran sejarah.
No comments:
Post a Comment