Sunday, June 27

Khalid Di Pecat

Tan Sri Khalid digugurkan dari jawatan Pengerusi Pkr Selangor berkuat kuasa serta merta. Demikian menurut pengumuman yang dibuat oleh Presiden parti itu petang ini. Pemecatan Khalid sebagai pengerusi Pkr Selangor itu mengejutkan banyak pihak terutama mereka yang terlibat dengan projek pasir dan mereka yang bernaung di bawah pohon rendang MB yang semakin kontroversial itu.

Tempat Khalid diberikan kepada Azmin Ali yang ketuai gerakan anti Khalid sejak beberapa bulan lalu. Ini menguatkan lagi cerita untuk Azmin mengambil tempat Khalid sebagai MB pada bila-bila masa, paling awal mungkin bulan hadapan. Pkr dijangka akan berbincang dengan Pas dan Dap mengenai pemecatan Khalid sebagai MB itu.

Pkr mengadakan pertemuan retreat dua hari di Shah Alam sejak semalam. Pertemuan itu berlangsung dalam keadaan aman walaupun tegang dalam perang dingin kumpulan Azmin yang mahu Khalid dilucutkan jawatan dengan kumpulan Khalid yang mahu Khalid kekal sebagai MB. Beberapa isu terutama isu pasir dan projek Datum Jelatek dikatakan menjadi senjata Azmin untuk "check mate" MB yang semakin nazak itu.

Ada juga yang menyebut ini merupakan langkah persiapan untuk Azmin diangkat menjadi Timbalan Presiden parti dalam pemilihan tahun hadapan. Selain dari itu, keputusan melantik Azmin juga mengenepikan hasrat Zaid Ibrahim yang juga ingin dilantik ke jawatan kanan dalam parti itu.

Ia juga sebagai persiapan parti itu menjelang perbicaraan Anwar yang dijangka akan menghumbankan ketua pembangkang itu sekali lagi ke penjara Sungai Buloh. Anwar dijangka amat sukar mengenepikan pelbagai bukti termasuk bukti DNA yang akan di keluarkan oleh pihak pendakwa.

Azmin yang bakal di nobatkan sebagai MB Selangor pada bila-bila masa itu dijangka akan melakukan rombakan besar-besaran dikalangan Exco dan pegawai-pegawai kanan GLC Selangor, kroni Khalid. Beberapa orang Exco kontroversial dijangka akan dipaksa mengundurkan diri bagi memberikan laluan kepada Adun yang lebih bersih.

4 comments:

Unknown said...

salam:

Apa lagi Khalid lepaskan jawatan MB itu.Tak da gunakanya jadi MB tapi tak ada jawatan dalm parti. Khalid dah jadi macam kiambang. Nampaknya bertambah gagaplah dia ni.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

Anonymous said...

Salam Warisan,

Ini adalah cara partai kelentong rakyat untuk mencuci dosa-dosa kambing-kambing mereka. Terlalu byk kepincangan dlm pimpinan kalid gagap, lantas kredibitinya semakin pudar. al-jewburi merangka strategi baru dgn meletakkan azmin, yang kononnya memperjuangkan melayu dalam pkr, untuk menarik undi melayu di selangor. Orang melayu khususnya, jgn mudah terpedaya dgn taktik ini.

Ideanya ialah, meminimakan penglibatan kalid gagap dalam xtvt pkr dalam menarik semula minat rakyat kepada pkr. kalid akan terus menjadi pecacai untuk menarik undi cina atas dasar yang dilaksanakan di selangor, sementara azmin pula ditugaskan untuk menarik undi melayu. akhirnya, al-jewburi yang bijak, kerana kedua-duanya menyumbang kepada beliau; menjadi Perdana Menteri.

-Melayu Bangkit!!!-

Anonymous said...

lebih banyak masa TS Khalid untuk menguruskan "ternakan" Babi nya