Monday, July 26

RM15 juta untuk balun SSDE

TS Khalid Ibrahim umum hari ini kerajaan Selangor akan memberi dana RM15 juta kepada media internet dan cetak tajaannya untuk lawan media BN.

Adakah itu bukan Rasuah dan penyelewengan namanya apabila wang rakyat digunakan untuk membeli media maya agar pro kepada Pkr, Dap dan Pas. Kalau dulu mereka bercakap soal menentang rasuah. Kini mereka adalah pelaku rasuah kelas pertama.

Terima kasih kepada Khalid yang turut melayari gerakan-anti-pkr.blogspot.com, kerisputera.blogspot.com, http://ruangbicarafaisal.blogspot.com, http://medan-info-kita.blogspot.com yang balun rapat Pkr, Dap dan Pas setiap hari. Tahniah kepada kedua bloggers yang bekerja siang malam, pagi petang yang berjihad menentang kemungkaran dan kedurjanaan pakatan rakyat.

Khalid juga terkejut beruk dengan Roadshow Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) seperti yang di lapurkan oleh blog-blog pro UMNO sekarang. Lapuran media malaysiakini mengenai gelombang ini juga berkesan yang akhirnya Khalid masuk terus gear 5 beri wang kepada suku sakat media maya nya untuk menyekat kemaraan SSDE.

SSDE adalah perjuangan rakyat menentang kezaliman Pkr, Dap dan Pas yang semakin rakus, tamak haloba, sombong dan buta hati. SSDE adalah perjuangan Oleh Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat.

6 comments:

jiwakita said...

salam.....

nak halalkan rm15 juta duit rakyat
kepada media pro PR...dicongak tolak bahagi...
rm3 jer bagi setiap rakyat negeri selangor...konon tak banyak..saya ulang RM3 jer...

lagi satu.. 1% dari pendapatan atau
perbelanjaan negeri?..nak kencing
rakyat ker..??

nak kelentong..anggap rakyat otak udang ker??agak-agaklah...

jiwakita said...

salam....

inilah kerja penting penasihat ekonomi negeri selangor...
rembat segala apa yg ada..
gunalah hasil dari rembatan
untuk diri dan parti..

rakyat?...usahalah sendiri!!

Anonymous said...

Salam rakyat selangor,

PRU13 mari kita tukar khalid dan konco2nya.

Jadikan PRU12 sebagai teladan.

Kita mampu mengubahnya. Insyallah.

-art-

Anak Lenggong said...

Selepas ni akan banyak lagi laa tanah2 diselangor dikorek..pusat hiburan bercambah tetapi nasib baik la duit zakat tu Sultan S'gor menegah daripada khalid kebas..apa lagi blogger haprak seperti Poji(Perisik rakyat), Tulang Babi, Zul mamat,Kak Luna, Sya omel..cepat2 laa daftar diri..boleh laa kita berperang..kah kah kah....walau bagaimana pun didalam soal ini rakyat selangor yang rugi kerana disebabkan gila kuasa duit untuk kepentingan warga selangor telah diselewengkan penggunaan nya..Ini lah akibatnya pabila kuasa sesuatu pemerintahan tu dibuat sebagai satu ujian...akibatnya bukan sehari dua tetapi bertahun...dlam tempoh jangka tersebut berapa banyak hasil bumi dan cukai yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat telah dibalun oleh manusia rakus ini...

Anonymous said...

itu bukan rasuah , itu sedekah ..

Anonymous said...

PAS, PKR selalu berbangga dengan semangat kesukarelaan ahli mereka .. sekarang semangat itu sudah hilang .. hahaha