Mudah tagline nya SSDE atau Selamatkan Selangor Darul Ehsan atau Save Selangor Darul Ehsan. Selamatkan Selangor dari siapa yer ? Ya benar, selamatkan selangor dari makhluk perosak rakyat. Mereka ini adalah pemecah belah rakyat dan umat.
Mereka juga sekarang adalah pencuri dan Perompak Khazanah Rakyat (PKR). Tak percaya ? Cuba lihat blog kerisputera.blogspot.com, kita boleh melihat bagaimana seorang wakil rakyat PKR boleh memiliki sebilangan harta kediaman dan kereta mewah walau baru 2 tahun menjadi YB. YB ini kini sedang disiasat oleh SPRM.
SSDE telah membuka tirai. Roadshow umno selangor kepada khalayak. Mereka serius dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan sebelum ini. Kini mereka tidak alpa. Mereka bangun. Mereka serang. Mereka beri penjelasan.
SSDE menghormati kuasa rakyat. Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Rakyat boleh menaikkan dan rakyat juga lah yang boleh menurunkan. Ada yang sudah memerintah lebih 50 tahun tapi sombong, bongkak dan lupa diri. Rakyat turunkan mereka. Ada juga yang baru memerintah 2 tahun, mereka lebih sombong, lebih bongkak dan lebih lupa diri, mereka juga akan rakyat turunkan.
SSDE adalah kuasa rakyat. SSDE Rakyat punya. Gelombang kebangkitan Rakyat. Oleh Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat.
No comments:
Post a Comment