Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun membidas pihak pembangkang khususnya DAP yang seringkali menimbulkan hal-hal berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.
Katanya, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan. “Saya melihat situasi ini seolah-olah mencabar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana kalau kita kaji sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 153 adalah salah satu artikel berbentuk ‘entrenched’,” katanya.
Jelasnya lagi, Artikel 153 tersebut adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iatu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi termaktub. “Oleh itu ia tidak boleh dicabar atau dibincangkan sekalipun, malah tidak boleh dicela atau dicaci oleh mana-mana pihak,” tegasnya merujuk berkenaan DAP dan juga beberapa kumpulan-kumpulan pendesak yang kebanyakannya bukan Melayu mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dalam beberapa perkara.
Menurut beliau, apabila DAP membangkitkan hal sedemikian, dapat dilihat bahawa perjuangannya tersasar daripada sebuah parti sosialis menjadi rasis. “Pihak sedemikian cuba untuk menimbulkan perasaan benci, rasa tidak sama rata dan perasaan bahawa sesuatu kaum itu lebih superior dari kaum yang lain. Ini adalah permainan politik yang bahaya kerana boleh menimbulkan masalah dan dikaitkan dengan hasutan.
“Menerusi Akta Hasutan 1948, secara ringkas menerangkan bahawa, ia adalah satu perbuatan menghasut apabila mempertikaikan apa jua perkara, hak, posisi, keistimewaan dan sebagainya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. ”Justeru, katanya jika ianya dibiarkan berterusan maka akan mewujudkan satu perkara yang boleh menimbulkan satu-satu kaum dalam masyarakat bersikap prejudis dan jika dilihat dari aspek perundangan maka tindakan boleh dilakukan di bawah Akta Hasutan. Baca seterusnya disini.
Pandangan warisan -
Tahniah YB Tony kerana berani bermain dengan api. Tapi bila api sudah merebak ia lebih merbahaya kerana dia boleh membakar mereka yang berdosa dan yang tidak berdosa.
Dosa pemimpin politik negara ini adalah ada yang suka bermain bunga api. Bunga api itu cantik dipandang tetapi bunga api juga adalah satu pembaziran. Ada yang menghabiskan duit rakyat dengan belanja besar nak tengok bunga api.
Yang lebih buruk adalah bila bunga api tidak dapat dikawal, rakyat bimbang ia akan membakar jari. Dan waktu itu sudah tidak dapat diselamatkan.
No comments:
Post a Comment