Friday, July 2

Undi Tak Percaya MB Khalid di DUN Selangor


Persidangan Dewan Negeri Selangor akan diadakan pada 12 - 16 Julai 2010. Terlalu banyak khabar angin yang sedang bertiup sekarang di Negeri Selangor. Selangor zaman BN dan Pembangkang sama sahaja, tidak berhenti dari pelbagai spekulasi politik terutama mengenai kerusi paling panas Menteri Besar. Belum pun tiga tahun berlalu, kerusi MB Selangor akan bertukar tangan lagi. Ini semua gara-gara berebut harta rampasan perang.

Setelah seminggu berlalu Pemukiman PKR yang diadakan di Shah Alam, kegugupan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar semakin ketara. Dalam beberapa temubualnya dengan media jelas membayangkan keresahan. Khalid membayangkan kalau dia meletakkan jawatan maka yang akan rugi adalah RAKYAT. Pooooodah Khalid. Perasan dan syok sendiri. Rakyat tak rugi satu sen pun kalau dia letak jawatan atau kalau dia diganti. Malah rakyat akan buat kenduri doa selamat.

Malah rakyat akan untung besar kerana duit rakyat tidak di habiskan untuk buat ladang babi moden, duit rakyat tidak dihabiskan untuk buat ceramah setiap malam guna peruntukan program mesra rakyat, malah duit rakyat akan terselamat dengan kambus nya skandal Pasir Selangor.

Ada sumber memberitahu yang pastinya Khalid diberikan tempoh dua minggu untuk meletakkan jawatan. Kalau Khalid tidak meletakkan jawatan maka akan ada USUL UNDI TIDAK PERCAYA kepada MB dalam sidang DUN pertengahan bulan ini. Kita sama-sama lihat samada Azmin atau Khalid yang sebenarnya Raja PKR di Selangor ini.

Sementara itu ADUN-ADUN PAS dan DAP juga ada yang telah ditemui oleh pegawai khas dari kedua pihak ini untuk menyatakan sokongan mereka. Menurut sumber malah ada adun DAP yang akan membogelkan Skandal Khalid di persidangan kali ini jika Khalid gagal meletakkan jawatan selewatnya-lewatnya 10 Julai, dua hari sebelum persidangan DUN.

Syabas YAB Azmin Ali, gua caya sama lu.

2 comments:

Anonymous said...

Khalid gagap ..you out ok.im azmin comes in. Maka dgn itu KG merasa amat malu serta kecil hati teramat sangat maka membuat satu press conference bahawa dia akan meninggal pukatan haram PKR menjadi YB Bebas.....itulah pengakhiran novel bertajuk "AKU ditendang Keluar".

jiwakita said...

salam....

kalau mantan mb ds khir toyo
kontroversi dengan beri penyapu,
terkini mb paling kontroversional
adalah ts khalid ibrahim dengan
menyapu pasir kebawah karpet!!