Dap Cemari Islam, Derhaka Larangan Sultan
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perbuatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan ceramah di Suaru Al-Huda, Kajang Sentral boleh dianggap derhaka kerana melanggar titah Sultan Selangor yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman menyifatkan perbuatan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin parti pembangkang yang sememangnya tidak menghormati Sultan sebagai ketua negeri.
"Perbuatan yang dilakukan itu menunjukkan sikap kurang ajar dan pemimpin parti pembangkang kerana tidak menghormati titah dan perintah Sultan, benda ini bukan sahaja berlaku di Selangor sahaja, malah turut berlaku di negeri-negeri lain.
"Contoh paling jelas seperti apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu, apabila Nizar tidak menghindari titah Sultan Perak yang melantik Datuk Seri Dr Zambry (Abd Kadir) sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar (Jamalludin)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbuatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan ceramah di sebuah surau baru-baru ini. Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap perbuatan itu telah mencemari kesucian agama Islam.
Pada majlis itu, Teo telah menyampaikan ceramah di saf pertama ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral yang kebiasaannya digunakan oleh ustaz atau penceramah menyampaikan tazkirah.
Hamidah berkata, apa yang dilakukan itu bukan sahaja menunjukkan Teo tidak menghormati kesucian surau itu tetapi kejahilan pihak pengurusan surau kerana membenarkan bukan Islam memasuki ruang solat dan menyampaikan ceramah politik.
"Selain Teo, pegawai surau berkenaan juga harus dikenakan tindakan bukan melanggar peraturan majlis agama tetapi turut mengingkari titah Sultan Selangor supaya tidak menjadikan surau tempat untuk berpolitik " ujarnya lagi.
1 comment:
DAP tidak mengiktiraf Sultan dan Raja-Raja Melayu.
agbr47: Atas dasar demokrasi, engkau masih di sini.
Post a Comment