Friday, August 6

Exco Bogel yang kaki kelentong


Istana Negara menafikan bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.

Istana Negara dalam kenyataan, lewat petang semalam berkata keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu merupakan acara rasmi baginda.

"Pentadbiran Istana Negara ingin menasihati pihak yang terlibat dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh rakyat," kata kenyataan itu di Kuala Lumpur.

Pada Isnin lalu, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being Frank: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa, yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah.

Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir. Klik selanjutnya disini.

Komen warisan - Rakyat nak ucapkan tahniah kepada khalid mb yang cukup jaga Exco seksinya ini. Tidak cukup dengan adengan bogel yang sampaikan nampak anu nya, Exco ini terus dipertahankan oleh Khalid dan kekal sampai sekarang. Betul ke ada maklumat kata Khalid ada hubungan peribadi dengan Exco ini ?

Bukan setakat bogel, kali ini Exco ini kelentong habis-habisan pihak Istana. Dia telah cemarkan Permaisuri Agong, dia telah cemarkan Raja-Raja Melayu. Nampak sangat regim khalid meletakkan prioriti yang paling bawah kepada Institusi Raja Melayu ini.

Rakyat nak beritahu Khalid dan Exco nya, negeri ini namanya negeri tanah melayu atau penjajah panggil Malaya. Kalau tidak mahu hormat Raja Melayu, Khalid dan Exco di jemput berambus dari negeri ini, sebelum Rakyat Melayu bangun menentang penguasa yang jahil, bodoh lagi banggang ini. Kesabaran rakyat ada batasnya, bila hak melayu hendak dicabut, Raja Melayu sudah di sanggah, hati melayu menjadi semakin nipis.

No comments: