Tuesday, August 10

Exco Seks Vs MP Maksiat

Jangan tutup, nanti rugi besar. 30 hari banyak lama tau. Siapa mahu bayar. Kalau khalid mahu bayar, boleh lah.

Shah Alam sekarang sudah jadi sarang maksiat. Kilang Carlberg sudah jadi business frens Khalid. Lawatan Khalid ke kilang itu minggu lalu merupakan kunjungan strategik rakan perniagaan. Bukan orang umno sahaja yang boleh dikautim, orang pas lagi senang. Pas dulu sudah beza dengan pas sekarang. Pas dulu kaki masjid, pas sekarang kaki karaoke pun ramai.

Pergi seksyen 7, ada 3 hotel budget baru. Ia sudah jadi sarang maksiat pelajar melayu. MSU dekat, Unisel dekat, Uitm lagi dekat. Business gerenti banyak punya. Ini projek besar khalid. Jangan kacau. Yang penting duit boleh masuk. Dalam pilihanraya segala-galanya duit. Pusat hiburan adalah mesin baru buat duit di Shah Alam. Shah Alam tidak ada pasir macam Dengkil.

Desakan pelbagai pihak agar pusat hiburan di Selangor ditutup sempena bulan puasa adalah perkara yang sia-sia sahaja. Apabila Adun-adunnya dan Ahli Parlimennya adalah sebahagian dari mereka yang melihat wang segala-gala dalam pertahankan kuasa maka tidak mungkin Selangor boleh bersih dari lambang kemaksiatan. Malah pemimpin-pemimpin ini lah yang mendokong kuat dasar-dasar Ronnie Liu dalam Mesyurat Exco Kerajaan Negeri.

Ingat isu Pasberg yang hangat tahun lalu. Itu adalah permulaan tunduknya Pas kepada pengaruh besar Dap dalam pentadbiran negeri Selangor. Pas faham yang ia kena jadi kerbau yang di cucuk hidungnya oleh Dap. Pkr pulak yang menarik kerbau itu berjalan.

No comments: