Wednesday, August 4

Pemuda hantar Tony Pua ke cell Sg Buloh

Pemuda Umno Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua daripada DAP berhubung cadangannya bagi memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera ntuk pembelian hartanah kerana menganggap cadangan itu berbahaya.

Laporan itu dibuat oleh ketua penerangan Pemuda Umno Selangor Safarizul Mustafa di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di ibunegara pada 11 pagi.

Bercakap kepada pemberita, Safarizul menyifatkan cadangan itu sebagai berbahaya, sensitif dan berbentuk provokasi serta cuba menimbulkan bibit benci dan rasa tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran negara ini.

"Beliau jelas mencabar dan mempersendakan peruntukan undang-undang... cadangan yang dikemukakan beliau merupakan permainan politik yang berbahaya kepada kedudukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

"Saya membuat laporan ini supaya polis boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Pua mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.

1 comment:

C L J said...

Dalam keadaan sekarang semua pembangunan komersil dalam kawasan bandar dan berhampiran mereka kena buat bangunan 4 tingkat keatas dan harganya dah jadi 700 rubu keatas. Kalau 3 tingkat pun dah lebih 500 ribu. Kalau tidak mereka dah anggap pembangunan itu tidak ekonomik. Malahan rumah teres dua tingkat pun kalau dalam kawasan berkenaan harganya sudah hampir 500 ribu. Maknanya dalam setahun dua lagi akan harganya akan melebihai 500 ribu dah. Ini bermakna apa yang sebenarnya sudah lama dok berlaku di Pulau Pinang mahu akan terjadi juga di Lembah Kelang. Itu merbahaya kerana ia akan dilihat sebagai percubaan untuk meminggirkan orang Melayu dari kawasan Pembangunan. Maka tindakan KP itu adalah wajar. Kembalikan perhatian kepada aspirasi dan hasrat tersirat perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Jangan menyentuh aspirasi berhikmah para penggubal perlembagaan itu.