Wednesday, August 25

Rakyat Marhaen balun Punahsihat Ekonomi

Punahsihat @ Punaisihat Ekonomi negeri Selangor bertemu buku dengan ruas sabtu lalu dalam majlis buka puasa anjuran Yayasan Selangor di Dewan Sivik MBPJ. Semakin ramai rakyat yang tidak peduli dengan pemimpin yang hanya bijak mengadu domba sesama pemimpin.

Yang terbaru dalam majlis tersebut punahsihat ekonomi selangor itu terkedu apabila dicarutkan oleh seorang penerima bantuan fakir miskin. Penerima ini seorang rakyat berbangsa India. Dia sempat menuding punahsihat ekonomi itu dan memakin hamun " anwar, I don't like you. You re rubbish".

Pegawai protokol majlis yang berhampiran tergaman kerana tak sangka beraninya aya india maki anwar. Pegawai yang lain tersipu-sipu melihat telatah aya india ini.

Rakyat marhaen juga tahu betapa program "grand" seperti itu merupakan pembaziran. Yang untung niaga atas angin kroni jugak.

Perkara ini mengingatkan kita bagaimana Guan Eng dimaki dan dilutu oleh seorang rakyat Melayu di Komtar, 3 minggu lalu. Syabas rakyat yang semakin berani bertindak memperjuangkan kebenaran.

Ayuh rakyat kita bangun menentang kejahilan dan kerakusan pemimpin angkuh dan bongkak.

2 comments:

C L J said...

Tiba tiba hamba terfikir sesuatu yang barangkali menarik. Mereka ini selalu bercakap mengenai jalan ke Petera Jaya. Maknanya mereka bercita bercita nak jadi Kerajaan Persekutuan.

Kalau betul awak nak mengambil alih kuasa dan jadi Kerajaan Persekutuan, kena jagalah rakyat tu. Asuhlah mereka dengan tertib dan sopan santun. Ni tidak awak dok ajar mereka dengan demonstrasi, berontak, menuduh (fitnah), memaki hamun, menyalahkan undang undang, memperlekehkan agensi agensi dan berbagai perangai yang tidak beradab yang biasa menjadi amalan penganut negatisma tulin.

Sekarang pun dah nampak dah bunga bunganya. Bagaimana kelak kalau kamu benar benar menjadi Kerajaan. Kamulah kena tanggong dan hadapi.

KALAM JAUHARI said...

Salam Ramadhan..
Benar kata awak CLJ...apa yang disemai itulah yang dituai.