Tuesday, August 3

Ronnie Liu dan Kronisme terlampau

Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada Ronnie Liu, raja Dap Selangor yang telah memecat sekutunya untuk menyelamatkan diri. Tee Boon Hock yang Ronnie pecat bukan lah orang baru dalam politik, pemecatan beliau bakal mengundang masalah yang lebih rumit dalam politik Dap Selangor.

Speaker Dun Selangor Teng Chang Kim juga menerima percikan Ronnie apabila dia cuba mempertahankan Boon Hock. Teng diberi kata dua oleh Ronnie agar tidak masuk campur dalam isu personal raja Dap selangor itu.

Semalam lebih 3 jam, Ronnie memberikan kenyataan di IPD polis Selangor. Ronnie berhasrat nak pastikan Boon Hock merengkok dalam penjara ? Persoalannya apa salah Boon Hock? Tidak kah dia sekadar barua Ronnie? Dia buat apa yang boss dia suruh. Siapa boss dia ? Ronnie lah.

Ronnie cuba menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Boon Hock sekadar kambing hitam. Kita nak tahu juga apa deal Ronnie dengan Boon Hock sehingga dia sanggup jadi kambing hitam ?

Apa tindakan Teng bila diberi amaran oleh Ronnie. Politik Teng nyata lebih tertekan apabila disergah orang yang lebih junior dalam Dap. Adakah Teng bakal menjadi kambing hitam nombor dua, jika dia terus-terusan mempertahankan Boon Hock ?

Kelang adalah bandar Diraja. Ia menjadi syurga baru buat Ronnie. Dia punya impian untuk jadi raja di Klang. Dia menuju kearah itu. Raja Kroni.

2 comments:

Kalam Timur said...

Itu pun melayu pakatan belum nampak rampasan harta rakyat oleh mereka...

jiwakita said...

salam.....

RAJA KRONNIE...ERK?