Wednesday, August 11

SSDE - Part 2


UMNO teruskan program Selamatkan Selangor!

Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan akan diteruskan bagi peringkat kedua untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkembangan politik semasa termasuk mendedahkan salah laku pentadbiran pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia akan diteruskan selepas Aidilfitri ini berikutan sambutan positif rakyat yang mahu penjelasan sebenar terhadap masalah serta kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri ini.

"Kita (UMNO) akan teruskan Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan untuk peringkat kedua selepas hari raya. Untuk peringkat pertama ini, kita sudah laksanakan bermula 23 Julai lalu sehingga 8 Ogos."Alhamdulillah, sambutan rakyat untuk peringkat pertama ini di luar dugaan.

Ini kerana ia banyak menyedarkan rakyat mengenai pembohongan pakatan pembangkang selama ini sama ada dalam pentadbiran negeri mahu pun kempen politik mereka," katanya. Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan yang terakhir bagi peringkat pertama di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.

Sementara itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang turut hadir malam tadi menyatakan program tersebut telah berjaya mencapai sasarannya.Selain itu, katanya, selama lebih dua tahun kerajaan pakatan pembangkang memerintah, bukan sahaja tiada sebarang pembaharuan malah mereka juga gagal menunaikan kebanyakan janji.

Justeru, menurut beliau, program selepas ini akan melibatkan lebih banyak pendedahan isu tertunggak yang belum dilaksanakan selain pembohongan kerajaan negeri seperti isu bekalan air, penghapusan hak bumiputera dan sebagainya.

Dalam masa sama, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, program sedemikian merupakan satu permulaan untuk menamatkan 'riwayat' pakatan pembangkang daripada terus menggugat perpaduan rakyat.

Malah, menurut beliau, ramai pemimpin dalam PKR ketika ini berada di 'penghujung jalan' terhadap prinsip perjuangan parti itu."Rakan-rakan dalam PKR yang berada di penghujung jalan, saya harap mereka bersama-sama dengan saya menerangkan kepada rakyat mengenai kebenaran yang sebenarnya," ujarnya.

No comments: