Thursday, September 2

Apa dosa Hassan Skodeng berbanding NameWee ?

Tahniah kepada blogger Hassan Skodeng yang dituduh melakukan kesalahan dalam tulisannya yang kontroversial mengenai TNB. Tuduhan tidak berasas ini di lakukan oleh MCMC sebuah agensi dibawah Kementerian Penerangan.

Warisan katakan tidak berasas kerana bagi warisan tulisan itu hanya mengandungi unsur satira, sindiran. Ia adalah karya hebat yang tidak mengancam keselamatan negara.

Apa lah sangat tulisan Hassan itu kalau nak banding karya-karya NameWee yang extreme rasism melampau yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Ingat tak bagaimana 13 Mei bermula. Ia bermula bila Dap meraikan kemenangan yang melampau.

Adakah karya-karya NameWee tidak melampau ? Orang gila sahaja yang kata karya beliau tidak melampau. Jadi adakah Jemaah Kabinet kita gila. Ya mereka gila kerna tidak tahu membedakan yang mana intan yang mana kaca !

Kepada Hassan, warisan mahu bertanya apa nombor akaun anda ? Warisan ingin hulurkan sedikit wang buat biaya guaman, sebagai tanda solidariti kita blogger jalanan yang kemaruk kebebasan dan keadilan dari sang penguasa.

6 comments:

Anonymous said...

sebab dia melayu.............undi dia tak penting buat Umno/BN

Anonymous said...

sangat jelas ketidakadilan kpd orang MELAYU disaat ini

anak jati meru said...

Kepada hasaan.. jangan risau..ramai yang akan menyebalahi anda berbanding individu yang mencemarkan nama malaysia seperti yang dilaporkan oleh akhbar baru baru ini... di harap pihak yang mempunyai bidang kuasa melaksanakan perintah yang sepaputnya agar tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas keharmonian kaum di negara ni

Anonymous said...

UMNO dah tak sudi dengan orang Melayu,PAS lagi buruk, ha terpaksa lah masuk PERKASA.

Anonymous said...

Bak kata Kickdefella - Sebab Nama Dia Hassan, Kalau Nama Dia Ah San - http://kickdefella.wordpress.com/2010/09/01/sebab-nama-dia-hassan-kalau-nama-dia-ah-san/

Juga katanya - Che Khalib Makan Pisang Ke? - http://kickdefella.wordpress.com/2010/09/03/che-khalib-makan-pisang-ke/

Kemana arah KDN/AG/GLC yg diharapkan oleh org Melayu. Adakan kita perlu nafikan kita ni Melayu ?

Nani

gwkolonel said...

Blog sedara dilink oleh

http://airmata-darah-keringat.blogspot.com/


Dan sewajarnya jugalah kerajaan menukar status Datuk Seri Hishamuddin dari Menteri KDN ke jawatan lain yang lebih sesuai dengan perwatakannya yang agak lembut dan bersopan..mungkin juga beliau lebih sesuai menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.