Thursday, September 2

Kelembikan Hishamuddin memalukan PM

Sudah terang lagi bersuluh, sikap acuh tidak acuh Hishamuddin sebagai menteri KDN amat memalukan DS Najib sebagai PM. Dalam banyak isu keselamatan Hishamuddin dilihat gagal melaksanakan tugas yang diberikan sebagai menteri yang menjaga keselamatan dalam negeri.

Terbaru dalam isu NameWee menteri besar Pas Kedah, DS Azizan Razak mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Namewee kerana mengulangi perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kemakmuran negara selama ini.

"Kalau betul-betul salah ambil tindakan tegas, jika tidak jangan cakap saja kerana nanti orang tidak akan hormat kepada undang-undang dan menimbul keresahan kepada rakyat" katanya.

Komen Azizan itu jelas memperlihatkan kelembikan menteri KDN UMNO itu dalam menangani isu-isu keselamatan. Mungkin Naib Presiden UMNO itu sesuai menjaga ayam atau harga ayam dari menjaga keselamatan negara.

Rombakan Kabinet merupakan jalan keluar untuk DS Najib membuktikan kepada rakyat bahawa dia benar-benar "mean business" dalam pentadbiran nya. Rakyat sudah muak dengan sikap menteri yang gagal melaksanakan tugasnya dan berfoya-foya dengan pelbagai kemudahan yang diperolehi sebagai Menteri kabinet.

5 comments:

Anonymous said...

Sudah masanya le...hishamudin letak jawatan...mana kementerian dia pergi pun masalah yang sama berlaku.. asyik beri amaran sahaja...satu portfolio perlu DSN ujudkan..Menteri Amaran Malaysia...

Anonymous said...

suruh dia jadi menteri kemasyarakatan ganti shahrizat,boleh lah belajar mwmasak.atau jahit baju.atau suruh jadi menteri pertanian,bolehlah bagi amaran kat lembu kambing,.boleh juga belajar cara ternak ayam itik

Anonymous said...

aku ppun dah lama tgok gerak geri si hishamnudin ni....mmg lembik dan slow...kes nizar di sibu yg mengapi-apikan org cina dan melayu cukup terang dan nyta..tapi xde tindakan diamik..!!elok la dia dan KJ blah jea...sebelum ramai lagi pro BN berasap...

Anonymous said...

ishh ishh ishh...jgn kutuk2 tu hasut namanya. nnt cepat kena tindakan...bkn amaran lg.....hahahaha tak payah le nk harapkan apa2 tindakan dr si Pondan bacul ni. muak dgr amaran dia. rasanya dia ni pun nk sabotaj sepupu dia juga. buat malu PM je.

satu lg harap PM sedar sesedarnya sepupu tak boleh pakai dia ni. PM bacalah isi hati rakyat ni....gantikanlah sibacul sorang ni dulu.Harap cadangan agar TS Musa dilantik sebagai senator dan dijdkan menteri KDN le lepas ni. meluat sgt dh dgn Menteri Amaran ni.....benci sungguh tgk muka dia pun.

Anonymous said...

Ptuih...Dengan orang melayu bangsa sendiri bukan main laju lagi di ambil tindakan. Cuba bangsa kita hina lagu kebangsaan yang mcm si binawe tu buat dah lama kena duduk dalam. Sampai bilalah kita ni nak bagi muka kat bangsa lain ni. Malangnya nasib tanahair ku yang pemimpinnya berbangsa melayu tetapi sibuk benar nak jaga hati bangsa lain.