Tuesday, September 14

Khalid taja Kumpulan Anti Azmin

Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor hari ini menyatakan sokongannya agar Azmin Ali tidak dicalunkan sebagai Timbalan Presiden PKR.  Sebaliknya Khalid mahu Anwar Ibrahim dicalunkan sebagai presiden parti itu manakala presiden sekarang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijadikan timbalannya.

Khalid menyebut perkara itu pada satu pertemuan tertutup di Klang yang dianjurkan oleh kumpulan PKR Selangor yang anti Azmin. Mereka menamakan diri mereka Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Selangor.

Kumpulan ini disokong oleh seramai 19 dari 22 ketua cabang di selangor. Kumpulan itu dengan kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua di cabang PKR mahu gandingan Anwar dan Azizah menerajui PKR.

Adalah dipercayai pejabat menteri besar selangor membiayai beberapa pertemuan kumpulan itu dengan peringkat akar umbi PKR di Selangor.

Umum mengetahui hubungan yang semakin panas antara Azmin dan Khalid. Dua bulan lalu Khalid dipecat sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor dan diganti dengan Azmin.

Azmin juga memberikan pelbagai tekanan kepada Khalid dengan harapan dia akan meletakkan jawatan. Namun Khalid mendapat sokongan padu dari Terasa Kok, Ronnie Liew DAP dan India PKR untuk terus kekal sebagai MB Selangor.

Khalid tahu nasibnya sebagai MB akan menjadi seperti telur dihujung tanduk jika Azmin berjaya merampas kerusi TImbalan Presiden itu dari Senator Dr Syed Hussin Ali.

2 comments:

Gerakan Timur said...

Salam,

pinjam posting. nak tampal kat http://gerakantimur.blogspot.com

terima kasih

-melayu bangkit!!!-

Anak Kampung said...

teruskan gerakan timur