Thursday, September 23

Nik Aziz jahil Perlembagaan rupanya

Setiap negara ada perlembagaan. Di Iran ada Perlembagaan Republik Islam Iran, di Saudi juga ada Perlembagaan Arab Saudi. Di Malaysia Perlembagaan Negara disebut sebagai Perlembagaan Persekutuan. Semua negeri-negeri juga mempunyai Perlembagaan yang disebut sebagai Undang-undang tubuh negeri.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara. Dinegara ini undang-undang (Akta, Enakmen, Undang-undang kecil, Ordinance) digubal berdasarkan peruntukan perlembagaan.

Perlembagaan ada 2 jenis iaitu Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan tidak bertulis. England adalah contoh negara yang mengamalkan perlembagaan tidak bertulis. Malaysia mengamalkan perlembaagn bertulis.

Orang Melayu disebut dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai - seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu.

Maknanya Melayu mesti beragama Islam. Yang kulit sawo matang macam Melayu tapi beragama Hindu atau Buddha atau Kristian, mereka bukan lah Melayu mengikut undang-undang.
Maknanya juga mereka yang tidak bangga jadi Melayu, mereka juga tidak bangga jadi Islam, sebab Islam dan Melayu itu amat sangat berkait rapatnya. Mengata Melayu juga sama ertinya mengata Islam. Menzalimi Melayu juga maknanya menzalimi orang Islam.

Nik Aziz wajar jangan jadi bodoh sombang mengenai undang-undang. Dia akan nampak benar-benar jahil bila dia cakap tapi tak tahu apa yang dia cakap, apatah lagi mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara.

3 comments:

Anak Lenggong said...

Dia bukan melayu tapi oree pattani sieeee...kut..nak kata dari eropah muka cam makan belacan jee...

Anonymous said...

apa nak heran degan dungu tua tu..biaq pi di meroyan sorang-sorang...by the sapa presiden PAS hah?...lupa la pulak...he..hee

Anonymous said...

hahaha....nik aziz tu bodo.