Saturday, October 23

Dari PWTC - Rombakan Kabinet ?

Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perubahan dalam kepimpinan parti di beberapa peringkat bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menegaskan, penstrukturan semula dalaman tersebut sebagai pelengkap kepada transformasi parti dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

Adakah ini signal rombakan kabinet ? Mungkin. Telah menjadi rahsia umum, beberapa orang menteri kabinet Umno dilihat gagal melaksanakan harapan rakyat.

"Dalam masa terdekat, saya akan buat perubahan kepada pimpinan Umno di peringkat tertentu. Yang kaki hantuk, jawatankuasa mandi, jangan buat kerja macam ini lagi kerana akan dipencenkan menjelang PRU ke-13.

"Semoga dengan perubahan ini akan lengkapkan transfomasi kita," katanya semasa sesi penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-61.

Najib menegaskan, kemenangan pada PRU ke-3 amat penting dan Putrajaya mesti dipertahankan.

Kata beliau, hanya Umno yang akan menyelamatkan Melayu dan masa depan bukan pihak lain.

Dalam pada itu Najib berkata, tema bagi model transformasi dalam parti ialah 'Umno dahulukan rakyat'.

Kata beliau, proses perubahan itu telahpun bermula sejak wujudnya Umno melalui tiga peristiwa penting iaitu penubuhan, pengharaman dan pindaan perlembagaan parti. Sehubungan itu, melalui perhimpunan ini beliau menggariskan tujuh intipati transformasi yang mesti dilakukan oleh ahli- ahli pari bagi memantapkan survival Umno.

"Pertama, tentukan maruah parti lebih besar daripada kepentingan diri sendiri selain yang penting dalam Umno ialah kerja sebagai satu pasukan seperti pasukan bola sepak bukan secara berkumpulan.

"Jangan amal budaya cantas mencantas sedangkan individu itu boleh menyumbang kepada parti, saya tidak mahu itu berlaku," jelasnya.

Tambah beliau, seterusnya ialah memenangi hati jiwa rakyat kerana Umno mahu inklusif.

4 comments:

whackthembugger said...

No KJ. He's a spoiler, a divisive factor. The Silent Majority still rejects him outright while the DAP idolizes him for obvious reason.

Pemerhati said...

DS Najib mesti tukarkan Hishamuddin ke Kementerian yg lain. Gantikan dgn Noh Omar atau Hamid Albar.
Nazri, Rais, Nor Mohd Yakop antara yg harus digugurkan dari kabinet.
Unt Negara dan Bangsa.

Anonymous said...

DS Najib

Tengok-tengok PERAK sama.
Jangan terlepas pandang.

Ms Pearl said...

I setuju with Pemerhati:

Nazri WAJIB digugurkan errrr keluarkan dari UMNO pun takpe (hehehehhehe melampau la tu kan?)

takde dalam kabinet pn dah cukup bagus.

Noh Omar? I setuju juga. Orang selangor!