Friday, October 8

Faekah - The Iron Lady



Faekah boleh pergi jauh dalam politik Selangor. Tangan yang menghayun buaiyan tentu boleh menggocang dunia. Dia "Petite". Dia orang kepercayaan nombor wahid Wan Azizah.

Kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor merupakan hasil kerja kuat Faekah, setiausaha politiknya yang baru.

SUPOL sebelum ini sebok melayan YB lain sehingga terabai tugas jaga boss, tapi Faekah mengutamakan boss dari yang lain.

Ini adalah tugas besar pertama yang beliau buktikan kepada bosnya dan terbukti Faekah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Dalam mesyuarat agung pemilihan itu, Khalid mendapat 722 undi, menewaskan Muhammad Kamilvaanan Abdullah (348) dan Mazli.

"Ooo bukan senang. Bayangkan, 80 peratus pengundi yang menyertai mesyuarat agung itu adalah India," kata Faekah dengan kejayaan beliau membantu bosnya.

Khalid tentunya boleh tidur lena dengan adanya SUPOL macam Faekah.

Tugas kedua Faekah adalah pastinya menjadi kempen manager Khalid bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Kali ini buku bertemu ruas kerana dia akan "head to head" dengan Nik Nazmi, bekas SUPOL Khalid yang diterajang keluar dari pejabat MB Selangor itu. Nik Nazmi merupakan anak didik Azmin Ali yang juga calon "favorites" Timbalan Presiden.

1 comment:

Anonymous said...

Cuba SUPOL ditukar jadi SETPOL. Kan lebih sedap bunyinya..