Wednesday, October 20

MB Selangor, Wanita ?

Satu lontaran yang baik dan berjiwa besar dari Sharizat Jalil, ketua Wanita Umno adalah, dia hendakkan wanita diberikan peluang seluas-luasnya sehingga boleh diberikan peluang sebagai menteri besar. Harapan seperti ini belum pernah dilontarkan oleh pemimpin wanita sebelum ini.


Warisan nak sokong 100 peratus harapan Sharizat. Kita yakin wanita punyai kaliber untuk pergi jauh dalam politik malaysia. Dunia sudah menyaksikan wanita jadi Presiden/Pm di England, India, Australia, Filipina, Indonesia dan banyak lagi dalam pelbagai jawatan kanan pentadbiran negara.

Secara keseluruhannya pergerakan wanita memang menyumbang kerja yang paling banyak dalam parti berbanding pemuda dan puteri. Wanita juga punyai pengalaman yang luas dalam politik kerana kurang nya politiking dalam pergerakan itu. Jentera wanita jauh lebih teratur dan komited berbanding dengan yang lain.

Namun yang menarik juga kita lihat adalah "demand" seperti ini tidak baik untuk Umno yang tewas di 5 negeri dalam PRU yang lalu. Ia boleh menjadikan DS Najib serba salah. Buat lah kerja dan bagi menang dulu baru lah minta macam-macam. Kita takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang di kendong keciciran.

Walaupun begitu harapan Sharizat merupakan lontaran idea yang baik untuk diambilkira oleh Presiden Umno. Macam-macam boleh berlaku dalam politik ni. Pokoknya bagi menang semua negeri dulu, wahai wanita.

4 comments:

Anonymous said...

bab ni shahrizat kena pikir jauh sikit. jadi menteri kuasa pm. soal mb kena perkenan raja2 atau sultan... kan lebih elok kalau dia mintak wanita jadi presiden umno, lawan jawatan tu dan bila menang jadi PM.... lawan bukan mintak jawatan. ni lawan budak baru lepas akhil baligh pun kalah dlm PR12, dia merepek yg bukan2....

Anonymous said...

Woi! macam mana wanita nak jadi MB. Jawatan Shahrizat pun kena ambil bini Najib.
Tak sedar diri betul beb....

Anonymous said...

belum sampai masa lagi..
sekarang pon belum ada yg layak..
tapi x tau la..kalo korang fikir ada yg layak..
siapa..???

Unknown said...

aku loya lah dgn sharizat yg mintak bukan ni. wanita kay malaysia ni sejak dari dulu kedudukan mereka terjaga. jangan jadi pelampau lah sharizat oi. dan jangan pulak bawak mak2 dan kakak2 aku dalam wanita umno tu jadi pelampau women lib. tekak aku nak muntah lah ingat sharizat.