Perhimpunan Agung Tahun bermula lagi hari ini. Tiap-tiap tahun berhimpun, tapi apa yang dicapai ? Atau perhimpunan ini sekadar mengikut tatacara yang tertulis didalam perlembagaan ?
Sedikit istimewa tahun ini, Perhimpunan diadakan seminggu selepas belanjawan di bentangkan. Namun tak ramai pun pembahas yang mahir dalam bab ekonomi dalam perbahasan usul.
Yang terbaru yang hendak dilontarkan oleh YAB DS Najib adalah Model Politik Baru @ MPB. Ada pulak yang kata, DS Najib ni terlalu banyak model. KPI lah, MEB lah, NKRA lah, orang kat kampung warisan tak faham bahasa-bahasa baru ini.
Namun begitu lah tabiat pemimpin besar. Mereka akan bercakap soal idea untuk dijadikan idealisme. MPB adalah idea baru DS Najib untuk dikupas menjadi idealisme.
Pertanyaan sedikit dari warisan adalah, apakah teras MPB ini ? Sesuai dengan agama yang dianuti Melayu itu Islam, Melayu pulak keahlian utama Umno dan matlamat perjuangan Umno itu untuk Islam dan Melayu - maka amat penting lah MPB itu juga menjurus kepada apa yang digariskan oleh Islam.
Umno wajar merapatkan perjuangan dengan perjuangan Islam. Garis-garis besar haluan perjuangan Umno perlu lebih dekat dengan Islam. Islam sesuai untuk semua tempat, masa dan zaman. Politik Islam semakin dekat dengan kemajmukan ras bangsa dinegara ini.
Umno tidak ketinggalan. Cuma nya masa makin cemburu dan semakin tidak sabar dengan kegawatan politik anak bangsa yang semakin tidak karuan. Umno perlu terus memimpin anak bangsa.
No comments:
Post a Comment