Sunday, October 31

Piagam Pkr-Dap

Ramai pemimpin Pkr marah bila YB Zulkifli Nordin, ahli parlimen Malaysia membongkarkan cerita perjanjian syaitan yang dibuat oleh Pkr dan Dap. Mereka kesal kerana YB Zul banyak mungkir janji semasa berbaiah hendak menjadi calon Pkr dulu di Kulim-Bandar Baru.

Kini setelah pembongkaran demi pembongkaran dilakukan oleh YB Zul, ramai yang keloh kesah kerana rahsia ikatana Pkr-Dap semakin terbuka untuk tatapan umum. Hasrat ke Putrajaya pun sudah lama terkubur sejak peristiwa 16 September 2008.

Yang menjadi pelik rakyat adalah bagaimana Pas dimainkan hidup-hidup oleh Pkr dan Dap. Itu pun mereka tak sedar-sedar. Siap cium "mulut" lagi antara nik aziz, anwar dan lim guan eng.

Pakatan Pkr-Dap memang tidak akan menguntungkan Pas satu sen. Perak yang dulu milik Pas akan punyai MB melayu berjenama Dap. Begitu juga dengan negeri sembilan dan melaka. Apa yang Pas dapat ? Pas cuma akan kekal mentadbir Kelantan, manakala Kedah sudah pasti akan kembali ke Umno.

Tentunya yang akan kerugian dari piagam Pkr-Dap ini adalah orang melayu dan orang islam. Melayu Islam walaupun mereka majoriti dibumi malaysia, mereka akan jadi minoriti dalam pentadbiran negeri-negeri yang bakal di tadbir Pkr-Dap.

Sementara Pas akan terus tenggelam timbul seperti Labu Labi, kata P Ramlee dalam nostalgik filem nya.

1 comment:

d said...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Saya dan kesemua team blogger Wangsa Maju akan turut sama membantu dalam mendedah dan membongkar strategi kotor pembangkang.

Saya tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

Harap Tuan juga dapat linkkan blog saya bagi memperkenalkan kepada pengunjung di blog anda..



SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat.

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/