Ku Li umpama isteri berhias yang menjadi rebutan Pas sejak akhir-akhir ini. Pas cuba mengorat Ku Li bagai nak rak. Walaupun Ku Li belum jadi "janda" lagi, namun Pas berusaha pagi petang memikat hati Ku Li.
Bukan sekali rupanya Pas mengejar Ku Li. Dengar kabar pemimpin kanan Pas pernah bertandang ke Langgak Tunku, kediaman Ku Li. Pas juga mengejar Ku Li sampai ke London.
Namun dalam PC nya sekembali dari London semalam Ku Li hanya tersenyum sinis bila ditanya mengenai peluang Pas untuk menang di Galas.
Dengan selamba dia menyebut, kita sama-sama tengok lah nanti 4 Nov.
Mengenai kenapa pada PRU12 Galas kalah, Ku Li menjelaskan ia adalah kerana trend tsunami pada waktu itu. Tapi kini sudah jauh berbeza, beliau yakin BN akan tawan kembali Galas.
Galas memang lama menjadi milik BN tapi tewas kepada Pas dalam pru yang lalu.
Ku Li juga meningatkan Pas agar tidak memainkan isu royalti minyak Kelantan. Menurut beliau kes itu sudah dibawa ke mahkamah, ia subjudis untuk disentuh oleh mana-mana pihak.
Ku Li bertegas beliau akan turun padang sebagai ahli dan Ketua Bahagian UMNO di Galas serta akan memastikan kemenangan calon BN pada kali ini.
Pas nampaknya akan terbujur kaku di Galas kali ini. Langkah Pas adalah langkah sumbang. Isteri orang jangan di ngorat, nanti dibaling kasut tumit tinggi wahai Pak Lebai Romeo.
1 comment:
aku tak heran dengan lebai2 pas....
bini orang depa balun...lebai apam mat sabu dan din puduraya..
Post a Comment