Wednesday, October 20

Zaid terjah anwar lagi

Calon Timbalan Presiden Pkr Zaid Ibrahim sebut dalam manifesto 9 perkara nya bahawa anwar dan keluarga nya penting tetapi perjuangan dan kepentingan rakyat paling penting dan lebih mustahak dari itu.

Zaid juga sebut, reformasi dalam negara itu penting tetapi reformasi dalam PKR itu jauh lebih penting. Dia juga mengariskan 9 perkara teori yang dia akan laksanakan sebagai Timbalan Presiden.

Manifesto Zaid dilihat oleh banyak pihak lebih berpijak dibumi nyata kalau nak banding dengan manifesto Azmin yang terus menjilat anwar. Azmin sangat lama dengan anwar, sebab itu dia menggunakan semua kemudahan yang anwar ada, termasuk SU akhbar dalam dia mengarang manifestonya ini.

Azmin contohnya tidak melihat kelam kabut dalam parti sebagai liabiliti yang perlu dibersihkan. Manakala Zaid mahu perkara-perkara yang boleh merosakkan parti seperti pergaduhan semasa pemilihan cabang di atasi dengan segera.

Telah menjadi rahsia umum reaksi semasa pemilihan dalam cabang PKR adalah nanah yang semakin besar dalam PKR sekarang. Bagi Zaid, nanah ini harus dirawat dan di ubat untuk ia sembuh. Maknanya sebelum PKR menuju Putrajaya, pastikan kudis, nanah dan barah yang ada dalam parti itu sembuh.

Zaid dilihat membawa semangat "REALIST" dalam parti. Dia cuba membahaskan isu-isu yang terang dan semasa untuk diselesaikan. Mengagung-agungkan individu pemimpin sudah basi. Bagi Zaid kepimpinan individu yang selama ini menjadi teras kepimpinan PKR sudah lapuk.

3 comments:

Anonymous said...

Zaid = Nuaq = Azmin = 2 x 5 + 3 suku.

melayurayadaily said...

salam Warisan. Terima kasih link Melayurayadaily.

Hebat PKR pemilihan pemimpin ada manifesto. Gaya PRU.Tapi hancur kelebur. TQ

Mat Jeng said...

Sepatutnya ada pemilihan untuk jawatan Penasihat Umum! Zahid Lawan Nuar... Jawapanya lingkup PKR... Parti Kena Ribut!
kalau Zahid menang, apa agaknya parti tu nak perjuangkan...jadilah macam syed Husin..berkelana dalam rajuk..tumpang parti orang kena buang!
Kalau Zahid kalah, masuk PASlah!