Tuesday, November 30

Azmin dah gear up nak jadi MB

Khabar angin tersebar luas dalam kongres Pkr kelmarin yang menyebut Azmin Ali akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dalam masa terdekat. Azmin yang baru menang jawatan Timbalan Presiden dijangka mendapat habuan yang diidam-idamkan nya.

Semua orang tahu bagaimana hubungan sejuk Khalid dan Azmin yang semakin dingin sejak setahun lalu. Semuanya gara-gara berebut harta rampasan perang.

Dalam perang dingin itu akhirnya wan azizah terpaksa meletakkan pegawai kepercayaannya Faekah sebagai setiausaha politik Khalid Ibrahim. Harapan Khalid, Faekah boleh menyelamatkan hayat politiknya sebagai MB Selangor.

Kini dalam pasca kongress dan pemilihan Pkr, masing-masing sedang berebut peluang dan jawatan kanan dalam kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Yang menang tentunya terus kehadapan manakala yang kalah atau tidak bertanding kenalah memberi laluan.

Khalid ada 3 pilihan, pertama - buat tak tahu sahaja desakan azmin untuk dia undur diri. Kedua - tunggu sehingga azmin buat undi tak percaya di Dewan Undangan Negeri. Ketiga - undur diri secara terhormat.

Semula pilihan ditangan Khalid. Namun mengetahui perangai Khalid yang bodoh sombong dan keras kepala, dia akan kata " so what".

1 comment:

-krisjawa lok3- said...

Peluang Azmin untuk merampas kedudukan khalid adalah cerah kerana anwar akan memberikan huluran tangan ghaibnya...

Tapi...

Dapatkah sipenderhaka melayu ini mendapat perkenan DYMM Sultan nanti? Tak kan DYMM Sultan akan menerima seorang yang telah menolak pertuanan melayu sebagai menteri besarnya??

Kita tunggu dan lihat...siapa yang kena!