Wednesday, November 3

Bukti ini boleh buat calon Pas "disqualify"

Terlanjur hubungan sulit boleh menjadikan wanita mengandung. Terlanjur beri wang dalam pilihanraya boleh menjadikan seseorang calon itu " disqualify" bila ada bantahan dimahkamah oleh pihak yang kalah dalam pilihanraya itu.

Sudah terang lagi bersuluh, kini pas menggunakan wang untuk membeli undi. Kemaruknya nik aziz nak rasuah pengundi dirakamkan oleh lense kamera blooger minaq jinggo.

Ini adalah bukti jelas, gambar Nik Aziz bagi wang yang dikata RM300 kepada Orang Asli di Lojing.

Sia-sia lah kempen pas selama lebih 3 minggu di Galas kerana jika BN menang pas kalah, jika pas menang pun ia hanya sangat sementara kerana mahkamah akan membuat keputusan sebaliknya gara-gara merasuah pengudi.

Mahkamah akan bersandarkan kepada Akta Kesalahan Pilihanraya untuk membuat keputusan. Memberikan rasuah kepada pengundi merupakan kesalahan dibawah akta ini.

Kita ucapkan awal-awal SAYONARA kepada Dr Zulkifli. Kita katakan TAHNIAH kerana kerja keras anda YB Aziz.

No comments: