Tuesday, November 23

Demokrasi lebih penting dari Islam - Pas Perak

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhak untuk tidak membenarkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar berceramah di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain berkata Jais berhak untuk tidak membenarkan sama ada ahli politik atau guru yang tidak mendapat tauliah daripada jabatan berkenaan untuk memberi ceramah.

"Bagaimanapun daripada sudut demokrasi ia jelas menunjukkan ketidakadilan kepada rakyat kerana mereka memerlukan ilmu dari semasa ke semasa. Rakyat pada masa kini sudah bijak untuk menilai apa yang baik dan buruk. Justeru, mereka (rakyat) boleh menerima atau menolak segala pengisian yang disampaikan penceramah mengikut fahaman masing-masing," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PASs Perak di sini hari ini.

Semalam JAIS meminta pentadbir masjid berkenaan membatalkan program ceramah agama yang melibatkan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi meminta pihak berkenaan mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah yang tetapkan JAIS jika mahu meneruskan program itu.

1 comment:

tungkaran hati.blogspot said...

Bukankah salah satu sifat PAS itu ialah
`Tujuan menghalalkan cara'