Wednesday, November 10

Jalan Buntu

SUA PKR Saifuddin Nasution berkata pemilihan PKR akan diteruskan, walau apa pun yang akan berlaku. Dalam sidang akhbar semalam, dia berkata dakwaan Zaid mengenai kepincangan pemilihan tak ada asas sama sekali.

Hari ini lagi parah, 24 ketua cabang PKR seluruh negara buat tuntutan terbuka supaya pemilihan PKR ditangguhkan dalam kenyataan bersama petang ini. Mereka mendakwa SUA Saifuddin pilih kasih dan tidak transparent serta sekadar menjadi burung kakak tua kepada seorang lagi calon timbalan presiden.

Menurut mereka pelbagai penyelewengan dan rasuah semasa pemilihan wajar disiasat termasuk jamuan makan, bas pengangkutan dan wang saku yang disediakan oleh seorang calon Timbalan Presiden.

Menurut sumber, lebih 30 ketua cabang akan membuat kenyataan bersama esok. Semalam Zaid Ibrahim calon timbalan presiden menuduh Anwar dan Azmin sebagai punca keretakkan dalaman dalam Pkr.

Menurutnya lagi Anwar ada masalah peribadi yang perlu dibersihkan sebelum boleh memimpin negara. Masalah itu telah menjadi rahsia umum.

1 comment:

Anonymous said...

PKR menemui jalan buntut