Sunday, November 7

Lokman Adam calon KP Selangor

Polemik Suhaimi Ghazali sudah semakin tak dapat ditutup dengan kulit gajah. Semua orang tahu pemuda umno selangor sekarang berada di zaman gerhana.

Gerhana kenapa ? Hanya Suhaimi sahaja tahu jawapan yang sebenarnya. Dengar nya masa untuk Suhaimi berundur sudah semakin dekat. Dia sudah hantar surat letak jawatan.

Kalau warisan berpeluang bercakap dengan KJ, KP Malaysia, warisan akan bisikkan calon yang selangor perlukan adalah orang macam Lokman Noor Adam.

Lokman sekarang adalah Exco pemuda Umno Malaysia. Yang pemuda selangor perlukan adalah keberanian dan kegagahan. Pemuda perlukan yang boleh berorator dengan baik.

Pemuda perlukan "tested leader". Pemuda selangor perlu pemimpin yang berpengalaman. Pemuda perlukan yang punyai daya tahan yang tinggi.

Lokman adalah aktivist pemuda sejak zaman Dato' Zahid jadi KP lagi. Lokman juga kereta kebal pemuda Pkr dizaman Ezam. Lokman lasak, pernah masuk ISA, pernah masuk lokap. Pemimpin yang pernah melalui zaman susah inilah yang kita perlukan di selangor sekarang untuk berhadapan dengan gerombolan pemuda Pas, pkr dan dap.

Keberanian KP yang baru tentu menjadi ramuan terbaik untuk mengerakkan generasi muda umno di selangor. Pilih lah yang tidak mengutamakan kepentingan peribadi dan kekayaan diri.

KJ tak boleh silap kali ini. Memilih KP negeri yang serupa malaun samalah seperti memberikan isyarat tiada esok bagi mu untuk generasi muda di selangor.

Pemuda bukan pondan. Pemuda perlu lantang, pemuda perlu jadi pendekar. Pokoknya transformasi Umno wajar bermula dari pemuda sebagai sayap utama parti. Masa semakin cemburu. Selama hampir 3 tahun, pemuda seperti tidak berbuat apa-apa.

KP Selangor yang baru kena bermula dengan Gear 4. Tidak ada masa lagi untuk bertatih, tidak ada masa untuk berhoneymoon. Hanya mereka yang penuh berpengalaman, berani dan sudah ada ilmu dan network dilapangan sahaja yang mampu memikul tugas dan tanggungjawab yang amat berat ini.

2 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

apa barang lokman adam jadi KP selangor.... jadi calon KP Malaysia lagi power beb....KP Malaysia @KP Negeri Selangor lagi cunnnn.....

Bersama merealeasasikan agenda.

Anonymous said...

Pemimpin muda seperti sdr Sdr Lokmanlah yang UMNO cari2. Berani memBONGKAR segala rahsia pembangkang!! Pemuda Berani!
Mana sudah pemuda2 zaman KJ sehebat beliau...Inilah hasil pemuda zaman Dato' Zahid Hamidi.
Pemuda sekarang perlu berani mendepani cabaran yang kian mencabar.