Tuesday, November 2

Nujum Prk Galas

Ketika tinggal dua hari lagi menjelang hari pengundian, seramai 93 peratus pengundi telah menetapkan pilihan masing-masing dengan Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului pesaingnya dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sekitar tujuh peratus pengundi masih belum membuat pilihan mereka sehingga semalam.

PAS yang pertama kali menguasai kerusi Galas, yang terletak dalam bahagian Parlimen Gua Musang dua tahun lalu, menerima sokongan 42 peratus berbanding BN yang menjadi pilihan 51 peratus.

Sebelum ini, PAS berkata ia memulakan kempennya dengan asas sokongan pada tahap 48 peratus dan menganggapnya 'underdog' dalam mempertahankan kerusi tersebut.

Tiga hari lalu ia berkata sokongan itu meningkat sedikit kepada 49 peratus.

Dan, kumpulan pengundi 'atas pagar' ini dilihat akan menentukan bakal keputusan DUN Galas - pilihan raya kecil kedua di Kelantan sejak 8 Mac 2008.

Kempen pilihan raya kecil yang sudah masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan perubahan yang ketara dari segi sokongan pengundi terhadap parti yang bertanding.

Walaupun kedua-dua parti mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendekati pengundi, namun dilihat pengundi lebih cenderung kepada BN yang meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff berbanding PAS yang memilih pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

Bagi Dr Zulkefli cabaran di DUN Galas merupakan percubaan keempat dalam pilihan raya.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Seramai 46 peratus dikatakan akan memilih BN manakala 42.6 peratus lagi akan memberikan sokongan kepada PAS selebihnya.

No comments: