Sekumpulan kira-kira 500 orang mengadakan bantahan dihadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.
Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.
Laungan pengecut dan Allahu Akbar bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.
DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.
Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.
Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat. Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!
Azian Ariffin, yang mewakili pemilik tanah di Balik Pulau, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.
Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.
Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.
Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.
1 comment:
Sudah terlambat bagi orang Penang....nasi dah jadi bubur. DAP dah pegang P.Pinang disebabkan sokongan orang Melayu sendiri. Inilah satu bentuk pengkhianatan pada bangsa sendiri.Sekarang apa nak dikatakan lagi...adakah P.Pinang akan jadi Singapor kedua? Kemungkinan besar agenda LGE ini akan jadi kenyataan dengan adanya sokongan kuat orang PKR dan PAS sendiri. Rahsia pakatan Syaitan yang dibongkar oleh Zulkipfli Nordin dah nyata akan hakikat sebenarnya.....tak boleh dinafikan lagi.....kecuali orang2 Melayu P.Penang dah buta dan tuli.
Post a Comment