UMNO tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada UMNO.
"Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah. Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen Barisan Nasional (BN), orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska Kemas sekitar Putrajaya, di sini hari ini.
Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.
Namun, Zaid yang dipecat dari UMNO pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan UMNO dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru.
1 comment:
Baru ko tau langit tu tinggi ke atau tiang letrik lg tinggi zaid... apa yg aku boleh kata adalah ha ha ha ha ha.. padan muka..
Org dah bagi nasihat dulu lg, jgn percayakan anuar tp ko percaya jugak..
kata lowyer, tu pon ko tak boleh bezakan yg hak dan batil ke zaid trojen.. zaid oh zaid ha ha ha ha...
Post a Comment