Pendedahan Karpal & Gelaran 'Al Juburi' : Apa Pendirian Sebenar Pas?
Pas perlu menyatakan pendirian mereka berhubung pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin terhadap kenyataan Karpal Singh terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata dalam perkara ini, Pas tidak harus mendiamkan diri kerana kenyataan itu dibuat oleh sekutu rapat mereka dalam pakatan pembangkang.
"Di manakah pendirian Pas, apakah mereka terpaksa mendiamkan diri atau sengaja menutup mata mengenai perkara itu kerana pendedahan itu membabitkan Anwar Ibrahim yang menjadi ketua dalam pakatan pembangkang.
"Di manakah perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan Pas, apabila sesuatu perkara yang membabitkan rakan mereka, Pas akan mengenepikan perjuangan Islam. Apakah perjuangan Islam yang menjadi prinsip parti itu hanya sebagai perjuangan politik mereka untuk mengelirukan rakyat," katanya kepada blogers online.
Semalam, Zulkifli mendedahkan kenyataan Karpal pada 22 Oktober 2007 di parlimen mengenai kegiatan songsang Ketua Pembangkang itu sebelum Dap, PKR dan Pas menubuhkan pakatan pembangkang ketika PRU ke 12 lalu.
Menurut Zulkifli, Karpal yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat kepada pimpinan Pas masa itu sehingga mereka melabel Anwar sebagai 'al Juburi' dan 'pak janggut'.
Bagaimanapun, Pas sehingga kini dilihat cuba mengelak membuat sebarang kenyataan membabitkan kes perkara itu, malah Pas juga dilihat akan mendiamkan diri termasuk berhubung kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Hamidah berkata, tindakan yang dilakukan oleh Pas ini menunjukkan mereka cuba `bermain selamat' dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh dianggap akan menyinggung mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang.
"Sebelum mereka bersama dalam pakatan pembangkang, ketiga-tiga parti itu akan buat serangan antara satu sama lain , tetapi apabila sudah duduk semeja nampaknya segalanya berbeza".
No comments:
Post a Comment