Saturday, December 25

Gaji Kakitangan Selangor naik 35% mulai Januari

Berita terbaru dari sumber yang rapat dengan pejabat penasihat ekonomi kerajaan negeri menyebut bahawa gaji kakitangan awam di Selangor akan dinaikkan sehingga 35%.

Kenaikkan itu dijangka akan berkuatkuasa mulai Januari 2011. Ia juga untuk semua kakitangan awam.

Kerajaan negeri berpendapat telah tiba masanya rakyat menerima gaji besar untuk keselesaan mereka. Pendapatan lumayan ini sekurang-kurang boleh dibelanjakan untuk berurut dibanyak pusat urut yang tumbuh bagai cendawan di Selangor sekarang.

Selangor dijangka akan memperuntukan belanjawan tambahan sebanyak rm550 juta setahun untuk tujuan kenaikkan gaji ini. Namun ini terpaksa dilakukan bagi menyahut cabaran TPM yang dilayangkan kepada penasihat ekonomi negeri beberapa hari lalu.

4 comments:

Anonymous said...

aku ni kakitangan kerajaan negeri selangor. walaupun gaji aku dinaikkan 35% undi aku tetap pada BN.muktamad!!!

Bahtera Merdeka said...

Salam,
Mohon link ke blog tuan.
Teruskan perjuangan.
TQ

jiwakita said...

salam.....

PR nak capai klimaks Putrajaya?

Langkah pertama kenaikan gaji 35-45% kakitangan kerajaan
negeri yg diperintah PR skrg pd awal tahun hadapan....

Langkah kedua janji PRU 13...kenaikan yg sama kepada negeri dibawah BN skrg jika
PR menambah negeri....

Langkah ketiga...jika berjaya
tawan Putrajaya...kenaikan
keseluruhan kakitangan kerajaan
negeri dan persekutuan...

ada berani sahut cabaran!!!??
untung sabut timbul untung batu tengelam....hehehe

Anonymous said...

Penasihat Kewangan yang paling Bangang dalam sejarah!!!