" Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat.
Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego.
Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.
Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010 "
Lagak Adun derhaka ini dikupas oleh sahabat blogger http://ipohmalay.blogspot.com/2010/12/adun-sri-muda-gertak-sultan-selangor.html
Kenyataan Adun ini menunjukkan beliau adalah seorang paria murahan. Ia juga mengesahkan beliau adalah budak politik yang tidak habis sekolah. Baru setengah penggal jadi wakil rakyat, sudah berlagak bagai Selangor ini dia yang punya !
Sebagai wakil rakyat, beliau juga jahil murakab tentang undang-undang; Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959 yang menjadi undang-undang paling tinggi di Persekutuan Malaysia dan negeri Selangor.
Dia berlagak pandai tapi yang benarnya dia adalah seorang Adun yang bodoh tidak boleh di ajar dan pandai tidak boleh diikut. Dia hanya badik-badik yang menjadi alat dan perkakas pengkhianat bangsa. Dia sombong, angkuh dan biadab serta kurang ajar kepada Kesultanan yang wujud sekian lama zaman-berzaman.
Pemimpin seperti ini tidak perlu wujud di Selangor. Kalau dizaman melayu Melaka, sah lah pembesar seperti ini akan di sula di khalayak ramai.
Semoga Suhaimi tidak terkencing dalam seluar bila dipanggil mengadap oleh Orang Kaya Daerah Klang nanti.
No comments:
Post a Comment