Dalam sidang akhbar hari ini, MP Pkr Gobalakrishnan berkata dia tidak akan keluar PKR. Dia akan terus buat bising selagi DS Anwar tidak membela kaum India.
Dia menuduh Pkr hanya berminat dengan undi kaum India tetapi tidak mahu memperjuangkan hak orang India. Dia tidak nampak pakatan memberikan pengiktirafan dan peluang kepada pejuang-pejuang masyarakat India.
Gobalakrishnan mendakwa Anwar ada ciri-ciri anti Hindu sebab kerajaan pakatan Selangor tidak melantik Exco yang beragama Hindu. Exco selangor Xavier Vijayakumar merupakan penganut agama Kristian dan bukan beragama hindu.
Gobi juga berkata pakatan Selangor mengkhianati penganut Hindu apabila mereka menutup kuil Sivam di Bkt Gasing, Petaling Jaya. Perbuatan mereka disifatkan lebih buruk berbanding dasar BN kerana keengganan pakatan berunding mengenai isu-isu penganut agama hindu.
Dakwaan Gobi tentunya akan membuatkan anwar berbulu. Dia juga naik benggang dengan sikap Gobi yang suka mengadakan sidang akhbar tanpa meminta izin atau merujuk terlebih dahulu perkara itu dengan Presiden parti.
Anwar cuma tunggu masa untuk merejam Gobi nyah berambus dari Pkr. Peduli apa dengan sumbangan besar Gobi yang berjaya menarik minat kaum india menyokong Pkr.
Bagi YB Gobi Padang Serai, dia ada banyak pilihan. Pinangan MIC dua minggu lalu belum dia jawab.
1 comment:
Gobi sudah diliwat Anwar. Jangan main belakang, nanti kena sembelit.
Post a Comment