Wednesday, December 29

Gol !!!!!!!!!! Antara kehebatan Shafii Sali dan Khairul Fahmi

Hebat dan amat luar biasa pasukan negara.

Antara dua pemain ini seorang penjaga gol Fahmi yang bergaya. Dia berjaya menjaga gawang dari sepakan penalti.

Yang menunjukkan kemampuan sebenar juga adalah Shafiie Sali, penjaring gol terbanyak kejohanan dengan 5 gol. Di kedua perlawanan akhir dia berjaya menjaringkan gol.

Kita bermula lemas, tapi berakhir kemas. Tapi jenama 1malaysia harimau muda ini adalah penjenamaan luar biasa pasukan bolasepak negara.

Kita rindukan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, V Arumugam dan yang lain nya. Terubat juga rindu ini.

Tahniah Harimau Muda. Kita berbangga dengan kejayaan anda.

4 comments:

Ms Pearl said...

al-fatihah untuk arwah M.Dahari.
Tahniah MALAYSIA!

tengokperati said...

Inilah pemain warisan dari jenama yang telah tertulis nama mereka dengan tinta emas . Rindu kita tyerubat terutamanya pada Safee , tendangannya sudah menghampiri super Mokh.Perlukan sedikit bimbingan dan bina kekuatan phisical sahaja insyaAllah akan berulang sejarah bola negara . Kepada safee dan Fahmi dan semua pemain malam ini anda semua telah membuat langkah pertama .Syabas jangan leka tambahkan usaha insyaallah sentiasa berjaya .Majukan bola negara dengan keringat anda semua . Terima kasih .

Anonymous said...

Salam,
Tahniah kpd semua pemain dan barisan pengurusan Malaysia.Kekalkan momentum kejayaan ini selama2nya.Jangan ada unsur politik dalam FAM.Kekalkan barisan pemain ini, disamping menambahbaikkan terhadap kelemahan. Khairul Fahmi...u are the great goalkeeper.Nor Shahrul Idlan, anda nadi pencipta.Safee Sali, pencetak gol negara dan Muslim Ahmad..wa tabik sama lu. Keseluruhan pemain= TERBAIK

Anonymous said...

aku cukup terpukau dgn jaringan shafii sali...teringat zaman kehebatan mokhtar dahari...berlari kencang smbil merembat bola ke gawang gol...syabas team mlysia n coach raja