Pagi ini beberapa orang Ahli Parlimen PAS menghantar memorandum ke Istana Negara mengenai Rang Undang2 Pengangkutan Jalan (Pindaan)2010.
Kali ini Memo itu dihantar tanpa Demo dan Perarakan. Boleh pun mereka ini menjadi manusia yang bertamadun.
Dua minggu lalu negara disajikan demo dan tunjuk perasaan isu air Selangor yang mengakibatkan Kuala Lumpur jam lebih 6 jam. Demo itu diketuai MB Selangor dan beberapa orang Exco Dap serta pimpinan pertengahan Pas. Ramai yang mencemuh penglibatan Menteri Besar dalam demontrasi yang disifatkan sebagai sangat keterlaluan dan tidak bertamaddun.
Pada kali ini nampaknya pimpinan kanan Pas memilih untuk mengikut cara GAPS yang menghantar memo 30 Perkara Penyelewengan Pakatan Selangor secara aman ke Istana pada dua minggu ahad lalu.
Pendekatan GAPS yang diplomasi dan sederhana dikatakan dibincangkan dalam mesyuarat AJK Pas pusat minggu lalu.
No comments:
Post a Comment