Wednesday, January 26

Episod ceritera Wayang Politik - KHALID DERHAKA

MEMORANDUM RAKYAT
BANTAHAN PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR 1959


 1.   PENDAHULUAN
Rang Undang-Undang yang dicadangkan oleh Menteri Besar (MB) Tan Sri Khalid Ibrahim dilaung-laungkan akan mengembalikan kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) kepada DYMM Sultan Selangor. Betul kah begitu? Atau sebenarnya Menteri Besar  menipu DYMM Sultan dan Rakyat Selangor !

2.   PINDAAN
Pindaan yang dicadangkan oleh MB ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:

“Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”

3.   TAFSIRAN
Kita tidak perlu mempunyai pengetahuan undang-undang yang mendalam untuk memahami bagaimana MB cuba menipu DYMM Sultan dan Rakyat Selangor. 

4.   SELEPAS PINDAAN
4.1.              Perhatikan perkataan " Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar" - interpretasikan frasa ini.

4.2.              Ia bermaksud DYMM Sultan "hendaklah" merujuk kepada MB dalam soal perlantikan SUK.  "Hendaklah" dalam bahasa Inggeris disebut "Shall" yang bermaksud ianya adalah “WAJIB” untuk DYMM Sultan mengikut kehendak MB dalam melantik SUK. Jadi " the last word must come from MB". MB berkuasa penuh untuk menentukan perlantikan SUK dan bukan DYMM Sultan.

5.   SEBELUM PINDAAN
Beza dengan kaedah sekarang, MB tidak mempunyai kuasa pemutus dalam perlantikan SUK. Dimana Kerajaan Negeri akan mencadangkan beberapa nama kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), setelah meneliti dan menyemak prestasi dan disiplin, SPA akan mempersembahkan nama-nama itu untuk dipertimbangkan oleh DYMM Sultan. DYMM Sultan akan mempunyai kata pemutus (perkenan) memilih satu nama yang baginda perkenan. 

6.   KESIMPULAN
6.1.              JADI DIMANAKAH yang disebut-sebut oleh MB yang dia hendak mengembalikan kuasa DYMM Sultan? Hakikat yang sebenar pindaan yang UMNO buat pada 1993 telah menjadikan DYMM Sultan lebih berkuasa manakala pindaan yang dicadangkan sekarang akan MENGHAKIS, MEMBUANG, MERAGUT kuasa DYMM Sultan. 

6.2.              MB juga sebenarnya telah merampas dan mencuri kuasa DYMM Sultan. MB terus memperkasakan kuasanya sendiri untuk mencengkam DYMM Sultan dalam isu ini.

6.3.             TAN SRI KHALID IBRAHIM SEBENARNYA TELAH MENDERHAKA KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR !

7.   WAYANG POLITIK
7.1.              Umum mengetahui Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai kerajaan yang lemah dan tidak mempunyai majoriti 2/3 untuk meminda perlembagaan negeri ini. Oleh yang demikian mana mungkin pindaan boleh dilakukan tanpa sokongan ADUN BN.

7.2.              Selain dari itu juga pindaan ini amat sia-sia kerana ia akan ULTRA VIRES dengan Perlembagaan Persekutuan dari hal kuasa SPA.

7.3.             MAKNANYA SIDANG KHAS DUN SELANGOR INI TIDAK LEBIH DARI SEKADAR EPISOD CERITERA WAYANG POLITIK, BERJUDUL “ KHALID DERHAKA”.  


Memorandum dari RAKYAT untuk RAKYAT,
RAKYAT PRIHATIN SELANGOR

No comments: