Friday, January 28

Jom boikot kedai pada setiap Sabtu

KPDNKK menjelaskan bayaran 20sen bagi setiap beg plastik yg dikenakan kpd pengguna setiap Sabtu di seluruh negara adalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik anjuran kementerian itu.

Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna itu akan disalurkan kpd badan-badan kebajikan terpilih dibawah program "Tanggungjawab Sosial Korporat" & juga bagi pelaksanaan program-program berkaitan pemeliharaan alam sekitar.

Warisan berpendapat dengan mengenakan charge 20 sen bagi setiap beg plastik, itu adalah amat membebankan pengguna. Sudah lah pengguna mengalami inflasi yang semakin meningkat sekarang, semakin ditekan pulak dengan charge guna plastik yang tak masuk akal.

Apa pilihan pengguna wahai sahabat-sahabat ? Kita semua boikot kedai atau gedung beli belah pada setiap hari sabtu. Kita ajar dengan itu Menteri supaya lebih akrab dengan pengguna bukan dengan peniaga !

4 comments:

PAS Labis said...

Aku dah lama tak gi shopping hari sabtu. Macam orang bodo je bawak groceries dalam kotak sabun / milo.

Anonymous said...

TAK PAYAH BOIKOT PENIAGA-PENIAGA BERKENAAN. BAWAK AJA BEG SENDIRI DARI RUMAH. LLAMA-LAMA SEDARLAH PENIAGA-PENIAGA BERKENAAN. YANG UNTUNG PENIAGA. WAHAI PENGGUNA JGN PENINGKAN KEPALA.BIAR PENIAGA BELI BEG PLASTIK YG NAK DIJUAL KPD PENGGUNA BANYAK (Dengan modal mereka sendiri) Bila plastik tu dah tak laku, barulah mereka tahu sediri.

Dot said...

apa susah? bawak sj beg/bakul sendiri!!! abis cerita...mat2 salleh di luar negara dah lama bawa 'tote bag' @ mini trolley sendiri utk isi barang2 yg mrk beli dari supermarket/mall...

kita sepatutnya selalu bawa beg sendiri sebab beg plastik ni dah bersepah2 di mana saja...dah jadi sampah

selamatkan alam kita...yeeha!

Anonymous said...

Itulah sahaja idea menteri bodoh yang bulat-bulat hanya pandai meniru idea MB Selangor khalid bangang.

Tak ada ke cara yang lebih bernas untuk mengurangkan pencemeran plastik pada alam sekitar?

Kan lebih berkesan jika disyaratkan supaya semua kilang-kilang beg plastik hanya mengeluarkan plastik yang menggunakan bahan plastik boleh lupus sendiri dalam jangka waktu tertentu?

Bodoh punya menteri!