Friday, January 7

MB membatu batu Nisan

Majlis angkat sumpah SUK selangor yang baru semalam memperlihatkan penderhakaan Khalid yang lebih jelas.

Sehari sebelum majlis itu berlangsung, MB telah menghantar surat mengesahkan beliau tidak mahu hadir majlis angkat sumpah SUK baru. Tetapi tiba-tiba dia muncul, tak ke kurang ajar nama nya.

Sepanjang majlis itu berlangsung pula MB membatukan diri bagai batu nisan.

Manakala Ronnie lui, Xavier pandang dinding dan pandang ceiling je manjang.

Yang kelihatan berbual dengan Dato' Khusrin hanya lah Yaakob Sapari.

Halimah, Terresa kok mengesahkan kehadiran lewat, jadi dia kena duduk belakang. Baru mereka tahu, jangan eksen sangat.

MB hanya menjamah sedikit jamuan makan, lalu bangun meninggalkan hadirin, walaupun DYMM Sultan Selangor masih bersantapan.

Soalnya kenapa MB nak balik awal? Kenapa MB tak lalu makan ? Dia diete ke sekarang ?
Atau kerana hati sudah terlalu malu dan geram kerana "dirotan" Sultan.

Kepada Datuk Khusrin semoga sampin murah yang dipakai akan terus kekal, hingga ke habis pencen.

No comments: