Friday, January 14

Mimbar Jumaat ; Daerah Islam MPSJ - kemana haluan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ?

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

NONEMenurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.





Sementara itu Kerajaan negeri Selangor semalam mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menarik balik garis panduannya yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras, selepas didedahkan oleh Komunitkini.

NONEExco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu (kiri) mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” kata Liu.

Menyedari tindakan MPSJ tersebut akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang ramai, khususnya masyarakat bukan Melayu, ADUN Pandamaran itu berkata syarat baru berkenaan juga ditimbulkan pada mesyauarat exco semalam.

Namun, Liu tidak mahu mengulas sama ada MPSJ mempunyai kuasa mengubal garis panduan seumpama itu, berdasarkan undang-undang Syariah Selangor dalam syarat-syarat perlesenannya.

NONE“(Garis panduan itu ) tidak pratikal. Kalau semua diberhentikan, siapa yang akan mencari pekerjaan untuk mereka?” katanya.  

Timbul persoalan apa yang dibuat oleh 3 orang EXCO dari PAS dalam mesyuarat EXCO itu. Adakah mereka TUNGGUL ? 

Apakah pendirian Pas dalam isu ini ? Adakah benar tanggapan Pas sebenarnya sudah menjadi kerbau kepada Dap yang sebelum ini telah melembukan PKR ? 

Betul lah cakap UMNO sebelum ini yang menyebut Pas sekadar parti yang bertopengkan Islam ! Pas sudah penimpang jauh konsep Amar Maaruf Nahi Mungkar !

1 comment:

Anonymous said...

Bro,

Kalau macam tu macam macam mana pulak orang melayu berugama islam yang berkerja didua kilang arak terbesar diselangor ini? Lu kena tahan matlamat PAS join PR untuk menumbangkan BN...