Ramai yang menyambut kepulangan TPM dari amerika syarikat isnin lalu. Tetapi semua mata ini tertumpu kepada kehadiran Nik Aziz, mursidul am Pas yang turut berada menyambut kepulangan timbalan presiden umno itu.
Semua yang hadir bertanya-tanya didalam hati, apa citer nik aziz nak jumpa muhyidin ini. Kenapa di airport ? Kenapa depan publik ?
Muhyiddin pulak dilihat amat mesra dengan nik aziz, lagi yang pandang pening kepala !
Habis bersalaman dengan yang hadir, kedua-dua pemimpin parti melayu itu mengadakan pertemuan empat mata di bilik VVIP. Lagi semua orang terkejut beruk !
Lebih dari setengah jam, baru yang hadir nampak lega apabila kedua-dua pemimpin itu keluar dari bilik VVIP dengan senyuman ikhlas yang sangat lebar. Hadirin yang hadir bertepuk tangan tanda gembira.
Ada apa-apa ker ? Adakah pertemuan ini ada kaitan dengan usul undi tidak percaya terhadap Khalid pada 24 Jan ini ?
No comments:
Post a Comment