Wednesday, January 26

Pas juga anti Raja-raja Melayu

24 Jan 2011 mencerminkan banyak perkara dalam sidang Khas DUN Selangor.

Yang di bentangkan adalah usaha terancang pakatan untuk menghakis kuasa DYMM Sultan Selangor.

Namun usaha untuk merampas kuasa DYMM Sultan Selangor gagal apabila 20 Adun BN (18 Umno, 2 MCA) Selangor mengundi menentang usul itu.

Untuk pindaan itu lulus, ia harus mendapat sokongan 2/3 dari ahli Dewan.

Manakala 34 Adun pakatan menyokong (14 Pkr, 12 Dap, 8 Pas). Manakala Speaker (1 Dap) tak mengundi. Seorang Adun (1 Bebas) dibuang dari Dewan oleh Speaker.

Walaupun sebelum ini terdapat cakap-cakap yang menyebut Dr Hassan Ali ada menemui DYMM Sultan sebayak 2 kali dalam isu ini, namun jelas nampaknya perkiraan politik Pas lebih mengutamakan "perut" dari mempertahankan kuasa Raja-raja Melayu.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Pas "mainkan" istana dalam isu ini. Semua Adun Pas memilih untuk mengundi "menamatkan" kuasa DYMM Sultan Selangor dalam soal perlantikan SUK Selangor.

Sorong tarik Pas hanya memikirkan kepentingan politik parti mereka sahaja, bukan kepentingan umat Islam, jauh sekali soal kepentingan orang Melayu.

Raja-raja Melayu yang kalau ada yang berbaik dengan Pas, wajar buka mata, bagaimana Pas memainkan DYMM Sultan Selangor kali ini. Rupanya Pas ini adalah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan keutuhan institusi Melayu dinegara ini.

Pas adalah parti yang tidak boleh diharap walau satu sen dalam perjuangan orang Melayu untuk mempertahankan warisan sejagat umat Islam.

1 comment:

karl said...

mohon link http://wicararumi.blogspot.com/