Dato Seri Najib telah membuat rombakan dalam kabinet Badan Perhubungan Umno Selangor. Dato Sri Zain Mohamed telah dilantik sebagai Setiausaha yang baru.
Zain menggantikan Dato Satim Diman yang diberikan tugas sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor. Zain merupakan Ahli MT Umno dan Ahli Parlimen Sepang.
Zain mempunyai pengalaman yang luas dalam politik dan pentadbiran. Beliau juga bekas Menteri Kerjaraya.
Dalam PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu, Zain berjaya mengemudi jentera BN untuk merampas kerusi Parlimen tersebut dari PKR.
Zain telah mula mengorak langkah berkerja hari ini dengan mengumpulkan semua ketua penerangan BN Bahagian di Selangor untuk berseminar selama 2 hari di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment