Jakim dedah ada NGO pertahan gay
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mendedahkan wujud pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi golongan gay di negara ini.Menurutnya, agensi-agensi penguat kuasa di negara ini telah lama bertindak membanteras 'budaya import' berkenaan bagaimanapun usaha mereka mendapat bantahan NGO terbabit.
"NGO berkenaan cuba nak jadi 'juara' mempertahankan perlakuan tidak bermoral golongan gay dan cuba menghalang aktiviti penguatkuasaan. "Sedangkan isu gay bukan masalah bagi orang Islam sahaja tetapi masalah global. Mana-mana pemimpin agama di dunia termasuk Kristian dan Buddha tidak menyokong aktiviti gay.
"Ini kerana, ia memberi kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau yang mengakui kelab gay sudah lama bertapak di negara ini, percaya ia hasil pengaruh daripada sebuah kelab gay terbesar di rantau Asia iaitu di Singapura. "Mungkin kerana Malaysia sebuah negara Islam, pelbagai usaha puak anti-Islam dilakukan termasuk menerapkan budaya gay ke negara kita. "Ada segelintir pelajar di luar negara yang terjebak dengan gay telah membawa masuk budaya itu ke dalam negara.
"Keadaan semakin tidak terkawal dan mudah merebak dengan adanya jaringan komunikasi tanpa sempadan iaitu laman sosial dan blog-blog khusus untuk golongan gay," katanya. Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai sama ada undang-undang yang sedia mencukupi untuk mengekang aktiviti gay, beliau enggan memberi sebarang komen mengenainya.
Warisan tidak menolak pandangan setengah pihak yang menyebut mungkin MB Khalid juga pertahan NGO yang pertahankan gay ini. Ini boleh dilihat dari tumbuhnya kelab malam gay di beberapa tempat disekitar PJ dan MPSJ.
Kadang-kadang terkenang juga, benda-benda macam ini tidak pernah kita fikir tiga tahaun yang lalu, tetapi ia adalah satu kesilapan untuk tidak memikirnya sekarang kerana budaya gay dalam masyarakat melayu semakin berkembang luas sekarang.
SUK baru Dato' Khusrin yang pernah menjawat jawatan Pengarah JAIS dilihat sebagai ancaman kepada golongan gay ini.
Mereka pernah melobi orang mereka menjadi penasihat ekonomi dan setiausaha politik di pejabat MB, mereka berjaya. Kini mereka nak lobi pulak kalau boleh orang yang cenderung agama pulak di tolak dari jawatan kanan pentadbiran negeri.
Jangan main-main dengan gay, lesbian dan pengkid. Mereka di lindungi. Mereka powerfull.
2 comments:
Bar council kot ?
gay? apa gay? jantan main jantan ka? ooo..saya tau sapa dalang itu glup ma. kolang tak tau ka? manyak lembab la lu olang. (saya pulak kesian mau ckp ma.....) lu pikir la sendili...
Post a Comment