Thursday, February 17

fatwa kj menyesatkan !


SAYA amat terkejut dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 12 Februari 2011 mengenai sambutan Hari Kekasih (Hari Valentine).

Menurut beliau, tidak menjadi kesalahan untuk menyambut hari tersebut selagi tidak melakukan dosa. Malah beliau juga menyambutnya dengan memberi isterinya bunga dan membawa isterinya makan malam pada hari tersebut.

Saya pasti beliau sebagai seorang pemimpin parti terkemuka negara sedia maklum bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram di sisi Islam dan tidak membenarkan orang Islam meraikannya.

Malangnya beliau dengan sinis pula menyatakan bahawa hari kelepasan am menyambut Tahun Baru pada setiap 1 Januari setiap tahun sepatutnya diharamkan kerana ia menandakan permulaan Kalendar Gregorian yang diperkenalkan oleh Pope Gregory.

Saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.

MOHD. ZUBIR ZAKARIA
Taman Melawati, Kuala Lumpur


komen warisan - kj wajar lebih berhati-hati bila berbicara bab agama, kalau tidak dia sekadar menjadi bahan gelak atau bahan kutukan kawan dan lawan.


kalau ye pun nak kuarkan statement mengenai agama, rujuk dulu lah kat ustaz-ustaz yang ramai dalam pemuda umno.

2 comments:

AnaQarbana said...

Bagus juga fatwa cucu Ukama ni....betoi jugak kata dia...tidak haram minum arak selagi tidak mabuk dan tidak melakuka maksiat. Mungi juga kita boleh berzina selalu niat kita perbuatan tersebut hanya sekadar dengan niat persetubuhan itu antara suami dan isteri ataupun dalam bahasa undang-undang tanpa niat menyebabkan kematian tidak boleh di hukum gantung.....

Anonymous said...

Si KJ ni cakap pasal hari kekasih dengan isteri dio dan bukan dengan kekasih dio. Tak salahpun sambut hari kekasih dengan isteri dio. Yang haramtu, sambut hari kekasih dengan kekasih yang bukan mahram dio. Baco botul-botul apo yang dio cakap. Kawe pun sambut hari kekasih dengan bini kawe. siap bawok anak lagi. demo tak sambut hari kekasih dengan bini demo ko? kesioan bini demo dapat laki macam demo.