PKR dikhabarkan amat lega bila prk Pelabuhan Klang tidak diadakan. Menurut sumber rapat keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dipuji oleh Azizah presiden pkr.
PKR juga terkilan sebenarnya dengan tindakan speaker Selangor Teng Chang Kim DAP yang cuba buat dajal mengistiharkan kerusi itu kosong. Dia langsung tidak berbincang dengan pimpinan pkr sewaktu keputusan itu dibuat.
Pkr cabang Klang sebenarnya amat bercelaru. Ia digantung sejak pemilihan cabang yang lalu kerana perebutan jawatan antara 3 puak melayu, cina dan india.
Puak melayu dketuai oleh Datuk Sheikh (bekas umno), puak cina oleh Tan Yee Kew (bekas mca) dan krisnasamy (bekas mic) ketuai puak india. Pertembungan puak-puak ini menyebabkan pemilihan digantung kerana pergaduhan.
Diperingkat negeri pula, polisi kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim berada dalam tahap yang sangat rendah popularitinya kerana pelbagai isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Diperingkat pusat pula, isu liwat anwar sedang memuncak. Penampilan DNA, bulu kemaluan dan seluar dalam menjadikan lagi kes itu sweet and sour yang sukar untuk diatasi oleh psy-war pkr.
Pendekatan terbaik pkr adalah bertahan, jangan ada pilihanraya kecil. Pkr tidak mahu jadi macam Pas yang kalah di Tenang, akan kalah di Merlimau dan Kerdau. Kalah 3 kali berturut banyak impaknya kepada Pas dan pakatan.
Segala faktor ini tidak menyebelahi Pkr dan amat sukar untuk ia pertahankan Dun Pelabuhan Klang. Leganya prk tidak diadakan.
1 comment:
jom berubah, selamatkan malaysia dari anwar ibrahim
Post a Comment