Menurutnya, Suhaimi kini menghadapi tuduhan bermotif politik dan undang-undang zalim oleh kerajaan BN dan menjadi kewajipan bagi kerajaan negeri Selangor membantunya.

“Dalam hal itu sahaja, Pakatan Rakyat Selangor, sebagai kerajaan yang menyokong demokrasi penuh, berkewajipan menyokong dan mempertahankan beliau," kata Sivarasa (kiri) dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau juga memberi contoh betapa sebelum ini, kerajaan Selangor pernah membantu mereka yang ditahan di bawah undang-undang zalim BN seperti ketika Protes Harga Air Selangor pada Disember lalu.
Sivarasa mengulas kenyataan media ketua pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan pengerusi NGO pro-Umno - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairudin yang mendakwa bantuan membiayai kos guaman Shuhaimi sebagai membazir dan melambangkan korupsi.

Sivarasa berkata Tan dan Hamidzun sebenarnya 'kurang' memahami tugas dan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan setiap yang dituduh mendapat keadilan.
"Dalam bahasa mudah, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menepati prinsip mereka dengan memberi bantuan ini dan selaras dengan prinsip menentang penahanan berunsur politik menggunakan undang-undang zalim dan menindas ini," katanya.

“Negara lain seperti Australia, United Kingdom dan Kanada membelanjakan berbilion ringgit tahunan bagi membawa sistem bantuan guaman yang efektif dan memastikan rakyat mereka mendapat pembelaan yang bersesuaian.
"Sampai masa kerajaan pusat BN menyedari peruntukan tahunan RM25 juta untuk membiayai sistem bantuan guaman kita perlu dibesarkan. Kita sepatutnya membelanjakan lebih per kapita untuk membiayai sistem yang benar-benar efektif bagi mereka yang ditahan dan direman di lokap polis," katanya.
ihsan-malaysiakini
3 comments:
Kenapa perlu nak bayar duit peguam pulak. Kan dalam PKR, PAS dan DAP banyak peguam yg " BIJAK PANDAI ". Apa mereka tak boleh ke membantu sesama dan sealiran fahaman dgn mereka. Perahhhhh
korang tak tau ke yg dia tu PARIA tu cuba dapat DANA YANG BESAR utk BIRO BANTUAN GUAMAN yg mana PUAK-PUAK PARIA yang banyak terlibat dalam mempertahankan GENG-GENG mereka yang perangai macam HARAM JADAH itu..
CUba faham maksud tersirat PARIA itu..
salam....
nahhhh!!!!!ini masanya melahap duit
rakyat yg dihalalkan dek kerna prinsip keadilan dan demokrasi@
negeri berkebajikan...peguam PRpun
manusia jugak yg tak nak mis soru@makan...mana ade istilah free beb!!..start kereta pun perlu duit..hehe
nilah masanya rakyat marhaen tagih
duit rakyat sama...
Post a Comment